CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Mak Bapa Kamu Yang Setuju” – Pelakon Rafidah Ibrahim Lantang Bersuara, Pemilik Rumah Kampung Sungai Baru Tampil Beri Penjelasan

24-7-2024 11:10 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 46720| Komen: 54



Kecoh baru-baru ini apabila pelakon dan penyanyi Rafidah Ibrahim ada memuat naik sebuah video dia menyeru semua penduduk Kampung Sungai baru agar tidak berpindah dan kekal menetap di kediaman masing-masing.

Difahamkan, seruan itu dilakukan setelah satu syarikat pihak pemaju menawarkan pampasan bagi pewartaan pengambilan tanah kampung tersebut pada Jun tahun lalu.


Rafidah yang juga salah seorang penduduk di kawasan itu kemudian berasa terpanggil untuk membuat video itu.

Namun begitu, seorang pemilik telah tampil memberi penjelasan serta situasi sebenar yang berlaku di kampung berkenaan.


Individu itu mendakwa penduduk di situ sudah pun mendapat pampasan termasuklah Rafidah dan keluarganya.


"Hentikanlah apa-apa fitnah yang disebarkan kerana kamu tidak duduk di situ, kamu tak faham. Kamu tak ikut apa perkembangan daripada awal. Tiba-tiba kamu muncul mengatakan kita ni yang JV dengan pemaju ini adalah orang yang tidak bertanggungjawab."

"Yang sekarang duk bising rumah itu bukan nama kamu. Masa arwah nama mak bapa kamu. Semasa perjumpaan dulu ialah mak bapa kamu yang setuju. Pada saya, pampasan yang kamu dapat tu seimbang. Dulu mak bapa you beli rumah tu berapa, tak sampai pun RM10,000."

“Kalau you adik beradik ramai, you kena bahagi, pembahagian tu memang you dapat sikit. Itu yang buat you tak puas hati. Tapi sebenarnya kena bersyukur” kata wanita itu lagi.

Terdahulu, sekumpulan penduduk asal Kampung Sungai Baru berhimpun dan mengecam tindakan seorang artis wanita yang mencetuskan isu terhadap pembangunan kawasan itu.

Sumber: Beautifulnara


Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My 

Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lanacondor 25-7-2024 12:14 AM
Aritu kalau xsilap dgr dorg ni bg pampasan suruh keluar sementara sebab nak renovate bg cantik. Kemudian lepas siap dorg boleh dduk balik. Skg dia pusing pulak ckp dah dapat pampasan jadi tanah hak pemaju. Patut la rafidah ni marah. Nampak x berbelitnya mck ni cakap
Quote pocongkiutss 25-7-2024 01:24 AM
Huh..nama tiktok tu pun madaninonics? Geng madanon kew..eww
Quote Itzy 25-7-2024 02:28 AM
lanacondor: Aritu kalau xsilap dgr dorg ni ...

Memang puak2 pengkhiamat ni dah berpakat dengan tauke2 cina untuk hapuskan kampung2 melayu dari bandar2 besar. Kalau melayu masih bodoh dan tamak habuan yang sikit, esok2 anak cucu korang akan merempat bawah kolong jambatan.
Quote mat_arof 25-7-2024 08:08 AM
betina ni artis ke?
sendu giler...sedih artis ni
Quote lilacomot 25-7-2024 08:21 AM
Kira, pemaju ni scam org2 kampung ctu laa.. Ingtkn nk renovate last2 dpt tanah trus kt depa... Jahat ye.. Mentang2 org tua mane depa tau bca sgt term2 lawyer ni.. So depa sign je la
Quote BoongaKertas 25-7-2024 08:21 AM
in general based on pemerhatian meols. melayu jujurnya kalau diberi cash, terus gelap mata and sanggup bg tanah.
Quote princessmiang 25-7-2024 08:23 AM
Sian pompuan walauntit sendu boleh geng dengan dayangku intan sama2 kaki meroyan
Quote princessmiang 25-7-2024 08:24 AM
Itzy replied at 25-7-2024 02:28 AM
Memang puak2 pengkhiamat ni dah berpakat dengan tauke2 cina untuk hapuskan kampung2 melayu dari ban ...

Yg bagi lulus si anak kassim
Quote MissVixen 25-7-2024 08:28 AM
Mana ada benda percuma dan senang dapat.. Kenapa gelap mata ambik duit dan sign dulu. Kampung melayu paling senang nak ambil. Semua waris tak sabar nak jual kalau ada tawaran dev. Kampung cina aman2 je duduk tengah bandar. Sekolah cina pun takdenya kena runtuh atau pindah walaupun sebabkan jalan jem dengan kedudukan tak strategik, tengah bandar.
Quote Whitney72 25-7-2024 08:49 AM
princessmiang replied at 25-7-2024 08:24 AM
Yg bagi lulus si anak kassim

Kan....dan juga anak Musa yg turut berkomplot..skrg acah2 pejuang Melayu...padahal ank2 mereka liberal nk mampus...ultimate penonggeng
Quote jihah_kudat 25-7-2024 09:17 AM
lanacondor replied at 24-7-2024 04:14 PM
Aritu kalau xsilap dgr dorg ni bg pampasan suruh keluar sementara sebab nak renovate bg cantik. Kemu ...

tapi bukan ke ada yg memang pilih nak pampasan dari rumah baru ikut majoriti kan..ini yg aku tengok kat tt la..aku baca jugak sebab fidah ni dapat sikit bahagian dia so she mengamuk rasa tak adil..and katanye rumah tu pun takde siapa duduk just port letak barang je..tapi she betul2 all out ek terus hilang ciri2 wanita muslimah dalam tt..
Quote laksmanabentan 25-7-2024 09:27 AM
jihah_kudat replied at 25-7-2024 09:17 AM
tapi bukan ke ada yg memang pilih nak pampasan dari rumah baru ikut majoriti kan..ini yg aku tengo ...

dia dapat sikit coz arwah mak & bapa dia yang beri ke dia...
hihihi... kena tengok la berapa orang adik beradik dia tu...

Quote chikumanis 25-7-2024 09:37 AM
in some terms, rafidah ni bising2 bukan tak nak jual pun, cer bagi dia 100-200k, kompom jual juga. cumanya sekarang ni, dia dapat sikit..maybe 2k kot sbb kena bahagi kan. tu yg meroyan lain machiammmm
Quote princessmiang 25-7-2024 10:06 AM
chikumanis replied at 25-7-2024 09:37 AM
in some terms, rafidah ni bising2 bukan tak nak jual pun, cer bagi dia 100-200k, kompom jual juga. c ...

2k sebab adik beradik dia ramai so meroyan
Quote princessmiang 25-7-2024 10:06 AM
Whitney72 replied at 25-7-2024 08:49 AM
Kan....dan juga anak Musa yg turut berkomplot..skrg acah2 pejuang Melayu...padahal ank2 mereka lib ...

Yer..pastu melayu2 yg ditonggang ni pun bodoh2 je terima tonggangan..jenis pemalas nak baca dan selidik
Quote scrocth 25-7-2024 10:06 AM
Ada tgk kt tiktok ramai penduduk xtahan kawasan xterjaga dan jadi sarang penagih sbb byk rumah kosong dan terbiar. So bila kerajaan bg tawaran yang munasabah n dorang boleh kembali menetap disana selepas blok apatment baru dibina semula siap dapat duit ratus ribu lagi, sapa yang xnak? Si pidah tu meroyan sbb dpt sikit sbb tu rumah parents bukan rumah sendiri kan? Ni dkt mstar kecoh she kena saman plak sbb burukkan ex majikan. Malas nk tepek2 link korang pg jelah cek
Quote red_velvet 25-7-2024 10:23 AM
Dia ni melantun sangat dah banyak sangat ke duit kalau kena saman nanti...
Quote aciksenah 25-7-2024 10:27 AM
lilacomot replied at 25-7-2024 08:21 AM
Kira, pemaju ni scam org2 kampung ctu laa.. Ingtkn nk renovate last2 dpt tanah trus kt depa... Jahat ...

Takkan la tiba2 baik benor orang nak tolong renovate rumah kita siap bagi pampasan..logik ke tu??
Quote aciksenah 25-7-2024 10:29 AM
scrocth replied at 25-7-2024 10:06 AM
Ada tgk kt tiktok ramai penduduk xtahan kawasan xterjaga dan jadi sarang penagih sbb byk rumah koson ...

Ye awal2 dah setuju...lps tu makin lama harga tanah makin tinggi. So semua pakat rambang mata la..sebab pampasan jika dikira sekarang ni memang sepatutnya dapat lagi banyak la.

Lihat semua komen(54)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 10:27 AM GMT+8 , Processed in 0.091047 second(s), 47 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top