|
Baru-baru ini, tular foto di aplikasi X yang dikongsi oleh seorang lelaki memaparkan sebuah kenderaan dipercayai milik ahli parlimen diletakkan di laluan pejalan kaki. Menerusi gambar itu, kereta jenis Proton berwarna merah itu diparkir di atas garisan kuning yang dibuat khas untuk golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) Penglihatan, dipercayai di sekitar ibu negara. "Parking atas laluan pejalan Kaki. Gaji banyak, elaun kereta dapat, pergi lah kat parking berbayar." Foto tersebut telah mengundang kritikan warganet di X yang mempertikai tindakan terbabit kerana bukan sahaja parkir di laluan pejalan kaki tetapi juga menyusahkan golongan OKU yang mungkin melalui kawasan tersebut. Dalam pada itu, sesetengah individu pula mempersoal jika isu sebegitu siapa yang sepatutnya dipersalahkan, pemandu atau penumpang kereta itu yang merupakan ahli parlimen. Sumber: Beautifulnara Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1 Whatsapp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029Vacxp9d9MF91QzmmW60X Threads : https://www.threads.net/@caridotmy |


ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
16-2-2026 05:42 PM GMT+8 , Processed in 0.472720 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.