Penceramah Ustaz Elyas Ismail menceritakan pengalaman pernah dilalui rakannya yang bertugas di Jabatan Agama Islam ketika membuat serbuan di hotel bajet. Katanya menerusi satu perkongsian di aplikasi TikTok, operasi pencegahan maksiat dilakukan semasa cuti umum seperti sambutan ambang merdeka dan tahun baharu. Antara pasangan berkhalwat yang pernah ditangkap adalah suami orang dan isteri orang, bos dan setiausaha, serta individu berpangkat besar bersama pembantu peribadi sendiri. Namun, kes yang paling meninggalkan kesan padanya adalah pasangan pelajar tahfiz yang mengakui ‘bakal berkahwin’ ketika ditangkap. "Kami pecah satu bilik, budak lelaki dengan seluar pendek duk atas katil. Lepastu perasan ada seorang perempuan duk dalam bilik air. Tuan tuan, kalau dah lelaki dan perempuan dalam satu bilik, tak usahlah bersangka baik sangat. Takkan mengaji tajwid."
Pasangan itu kemudian diminta memakai pakaian lengkap untuk dibawa ke balai polis. Mereka juga diminta menghubungi waris masing-masing. Ketika itulah pihak penguasa tergamam apabila melihat si lelaki mencapai jubah putih dan serban. Si perempuan pula memakai abaya hitam. Sumber: Beautifulnara Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1 Whatsapp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029Vacxp9d9MF91QzmmW60X Threads : https://www.threads.net/@caridotmy |
purebloodleo replied at 25-7-2024 12:41 AM
Geng ni mmg mostly kuat seks. Else takdelah beranak pinak mcm tikus tetiap tahun. Haha
ajinomotonosuga replied at 25-7-2024 01:14 AM
mana satu ko pilih?
Kuat seks dgn bini sampai kne cari lobang satu lai jadi poligami atau
dua_chzy: So? Apa kau ingat nafsu kenal ...
dua_chzy replied at 24-7-2024 11:12 PM
So? Apa kau ingat nafsu kenal agama, kenal Tuhan? Budak2 Pendidikan Islam fakulti aku dulu pun punya ...
ultra78 replied at 25-7-2024 07:10 AM
Nouman Ali kena tangkap khalwat juga ke sis?
ADVERTISEMENT