Pelakon popular Diana Danielle, 33, baru-baru ini berkongsi pengalaman hidupnya yang penuh dengan kesusahan semasa zaman kanak-kanak. Melalui perbualan dalam ‘podcast’ di YouTube Debonair Podcast kendalian Deborah Henry, Diana mendedahkan bahawa dia pernah melalui kehidupan yang sangat mencabar bersama ibunya yang merupakan ibu tunggal. “Saya datang dari latar belakang yang sangat bawah. Kami pernah tiada rumah dan terpaksa menumpang di rumah keluarga dan kawan-kawan. Ibu pula tidak bekerja selama dua tahun,” kata Diana. Menurut Diana, mereka terpaksa berpindah sebanyak 11 kali dalam tempoh yang singkat.
“Pernah berlaku kami terpaksa berpindah sebanyak 11 kali dalam tempoh yang singkat. Saya cuma bawa beg sandang dan ketika itu berusia sekitar 10 ke 12 tahun. Ibu saya jatuh sakit dan dia kehilangan perniagaannya,” tambahnya. Kesempitan hidup yang dialami oleh Diana dan ibunya menyebabkan mereka kekurangan wang dan makanan. “Kami memang tak ada duit langsung. Nak beli nasi lemak sebungkus RM1 pun tak mampu. Itulah sebabnya saya mula berlakon lebih dengan serius,” katanya. Pengalaman hidup yang sukar ini telah membentuk sikap dan pandangan hidup Diana, menjadikannya lebih mensyukuri apa yang dimiliki tanpa mengejar kebendaan semata-mata. “Saya sedar kebendaan cuma kebendaan, duit cuma duit. Semua nak jadi jutawan. Saya menentang itu kerana menjadi gangguan,” jelas pelakon filem Imaginur itu. Diana turut menyatakan bahawa tekanan untuk mencapai jangkauan yang ditetapkan oleh masyarakat boleh memberi kesan negatif terhadap individu. “Disebabkan itulah saya rasa orang jadi tertekan kerana tidak dapat mencapai jangkauan yang masyarakat ada terhadap kita,” katanya. Sumber: Murai.my Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1 Whatsapp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029Vacxp9d9MF91QzmmW60X Threads : https://www.threads.net/@caridotmy |
doubleA replied at 24-7-2024 11:09 PM
Tapi hebat gak mak dia dapat hantar dd ni belajar kt international ke private school entah
doubleA replied at 24-7-2024 11:09 PM
Tapi hebat gak mak dia dapat hantar dd ni belajar kt international ke private school entah
noor2 replied at 25-7-2024 02:11 AM
Zaman dulu ramai je yg hidup susah...sekarang pun ramai..
jambatannetizen replied at 25-7-2024 02:01 AM
Tulah. Macam tipuuuuuu je. Kadang org buat cerita, nak attention.
pocongkiutss replied at 25-7-2024 02:35 AM
Tp susah-susah dia pun sempat masuk internesenel school
Ke mak dia bergolok gadai supaya anak dia ...
ajeajelah replied at 25-7-2024 03:42 AM
Memanglah DD kena sekolah antarabangsa atau sekolah swasta. Bapak dia bukan Malaysia. Mana lepas nak ...
ajeajelah replied at 24-7-2024 07:42 PM
Memanglah DD kena sekolah antarabangsa atau sekolah swasta. Bapak dia bukan Malaysia. Mana lepas nak ...
noor2 replied at 25-7-2024 03:52 AM
ND elok je sekolah biasa walaupun mak ayah bukan warganegara
ajeajelah replied at 25-7-2024 03:42 AM
Memanglah DD kena sekolah antarabangsa atau sekolah swasta. Bapak dia bukan Malaysia. Mana lepas nak ...
noor2 replied at 24-7-2024 07:52 PM
ND elok je sekolah biasa walaupun mak ayah bukan warganegara
pocongkiutss replied at 25-7-2024 02:35 AM
Tp susah-susah dia pun sempat masuk internesenel school
Ke mak dia bergolok gadai supaya anak dia ...
Prickford replied at 25-7-2024 04:14 AM
ND both parents bukan Malaysian tapi sheolls lahir di sini. DD tak lahir di sini. Cuma DD boleh je ...
ADVERTISEMENT