|
Memetik Astro Awani, seorang pengasuh telah ditahan reman bagi membantu siasatan kes penderaan seorang kanak-kanak usia 2 bulan yang disyaki didera sehingga patah kaki. Kejadian dilaporkan berlaku di Bandar Dato Onn dan turut disahkan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat. Menurut Raub, seorang pengasuh wanita berusia 36 tahun telah ditahan reman selama 6 hari bermula semalam hingga Ahad ini. "Polis menahan pengasuh selepas ibu bapa bayi berkenaan membuat laporan polis petang Ahad lalu." "Kes disiasat menerusi Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001." Terdahulu, ibu bapa mangsa mengadu seperti tidak kena dengan anaknya setelah pulang dari pusat asuhan, Sabtu lalu. Dakwa mereka, ketika bapa menukar lampin mangsa, kelihatan kesan bengkak pada paha kiri selain keadaan anak mereka juga seperti tidak bermaya dan kurang aktif.
Ibu bapa mangsa kemudian membawa si kecil itu ke sebuah klinik sebelum dirujuk ke hospital kerajaan. Sumber: Awani, Beautifulnara Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1 Whatsapp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029Vacxp9d9MF91QzmmW60X Threads : https://www.threads.net/@caridotmy |

yg jnis mndera bdk2 asuhan, bdk2 taska ni korang sbenarnya keje sbb duit je kn. Dah tau xreti nk handle emosi tmbah2 bila tgh stress manage bdk2 pegi la cri keje lain gile. esok2 dpt ank sndri xtau la ank tu dlyan mcm mna


ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
17-2-2026 04:01 AM GMT+8 , Processed in 0.065667 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.