CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Datuk Red Pilih Untuk Berkahwin Dengan Adira Pada Aidilfitri Tahun Depan, Tidak Lagi Mahu Mempunyai 2 Isteri

24-7-2024 10:28 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 39579| Komen: 25



Datuk Seri Adnan Abu, seorang ahli perniagaan yang lebih mesra disapa sebagai Datuk Red, baru-baru ini memohon agar orang ramai mendoakan perancangan beliau untuk kembali memperisterikan bekas isterinya, penyanyi terkenal Adira, pada Aidilfitri tahun depan.

Hasrat ini timbul setelah mereka tidak pernah mengadakan majlis perkahwinan yang meriah sebelum ini.

Menurut Datuk Red, keinginan untuk berkahwin semula tidak dibuat secara tergesa-gesa. Sebaliknya, beliau mahu memberi fokus untuk menyelesaikan hutang terlebih dahulu.

“Kami sudah berbincang dan memaklumkan kepada abang Adira, minta jadi wali pernikahan kami nanti. Sebenarnya, saya sahaja tanya adakah Adira mahu kembali semula ke pangkuan saya?”

“Tak sangka Adira setuju dan minta majlis pernikahan dilangsungkan pada hujung tahun. Tapi, atas sebab tertentu, saya minta tangguh sampai Aidilfitri tahun depan. Jadi doakanlah semoga segala perancangan kami dipermudahkan.”


Mengulas dakwaan bahawa beliau memilih untuk kembali kepada Adira kerana ingin menumpang populariti bekas isterinya yang berstatus selebriti, Datuk Red menyangkal tuduhan tersebut.

Beliau menegaskan bahawa beliau mempunyai alasan tersendiri mengapa memilih Adira dan perkara itu tidak perlu dijelaskan kepada umum.

Tambahan pula, beliau tidak lagi berhasrat untuk memiliki dua isteri seperti sebelumnya kerana tanggungjawab tersebut bukan mudah.

“Bukan sebab Adira berstatus selebriti, jadi saya pilih dia. Masa untuk dipilih sudah berlalu kerana tempoh edah untuk kedua-dua bekas isteri sudah berakhir. Jadi, ini adalah masa untuk saya buat pilihan.”

“Ada sebab musabab kenapa saya memilih Adira. Saya sudah malas nak cari pengganti baharu dan mulakan semuanya dari bawah. Orang luar tiada dalam dalam kehidupan saya, jadi mereka tak tahu apa berlaku,” katanya.



Datuk Red juga menambah bahawa beliau tidak mahu mempersia-siakan peluang kedua ini, memandangkan usianya pun bukan muda lagi.

“Saya kena ubah cara hidup dan akan fokus pada keluarga dan kerja sahaja. Saya akan usaha untuk langsaikan hutang yang ada. Lagipun, bukan mudah hidup sendirian. Bila ada isteri uruskan hidup maka mudahlah sikit kehidupan,” jelasnya.

Untuk rekod, Datuk Red dan Adira mendirikan rumah tangga di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua.

Bagaimanapun, ikatan perkahwinan sembilan tahun itu berakhir dengan penceraian pada 24 April lalu. Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan empat cahaya mata iaitu Anggrek, 6; Asan, 5; Anggun, 4; dan Ayob, 1.



Sumber: Murai.my


Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My 

Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sfrnna 24-7-2024 10:47 PM
Adira akan naik takhta Sebagai datin red?!
Quote Lolalala 24-7-2024 10:47 PM
Apa laaa ex bini dia fikir. Meroyan lagi x? Harap anak² dgn ex tu ditanggung sepenuhnya. Kesian juga laa ex wife tu yg konon cinta mati kat dia
Quote lanacondor 25-7-2024 12:21 AM
Bagus la ex-wife yg lg satu dh lepas bala. So lepas ni sesiapa yg kene scam dgn tok red boleh cari adira ye. Jgn kco bekas isteri Dan anak2 bekas bini
Quote prince_marhaen 25-7-2024 08:09 AM
Haha meols dah kata haritu yang main cuit2 pipi, kiss2 dahi masa live kat rumah tu dah kongkek lettuwww... jantan keparat scammer ni takkan la nak tahan kan janda putih melepak sampai transparent ni... acah2 buat muka kesian konon... macam la orang lupa kes dia ngan ruhainis kemut tu... hahahahah
Quote jee72 25-7-2024 08:19 AM
Tgh memancing sponsor ke tuuu? Mesti besar2an nih majlis
Quote ihtisyam1 25-7-2024 09:05 AM
dia ingat kawen cerai ni main main ke.... vongoks laaa

Hati jahat aku kata, diaorang plan ni dari awal, adira fisrt minta cerai supaya tin red minta cerai jugak.... bila dah cerai tobured akan pilih adira jd one n only... nak cerai tinred saje kan orang kutuk lak


Quote asma87 25-7-2024 09:06 AM
prince_marhaen replied at 25-7-2024 08:09 AM
Haha meols dah kata haritu yang main cuit2 pipi, kiss2 dahi masa live kat rumah tu dah kongkek lettu ...

Kes ape dgn runis kemut? Mohon suapkan
Quote lasagna 25-7-2024 09:20 AM
asma87 replied at 25-7-2024 09:06 AM
Kes ape dgn runis kemut? Mohon suapkan

aik chuols lupa kaaaa?




Quote prince_marhaen 25-7-2024 09:22 AM
asma87 replied at 25-7-2024 09:06 AM
Kes ape dgn runis kemut? Mohon suapkan

red1.jpg

red2.jpg

red4.jpg


Quote honam 25-7-2024 09:24 AM
Anak berderet, hutang berlambak tak boleh bayar, tak risau ke kalo mati nanti
Quote Fly_over 25-7-2024 09:24 AM
datin red 1 kena scam. adira bakal jd datin red 11. nak muntah iols tgk
Quote otai_g 25-7-2024 09:28 AM
X de berita lain ke selain Dr dato merah ni?
Quote foxneo 25-7-2024 10:02 AM

time diorang makan tu sis ada sekali kt resto tu u allsss. kemainnnn. dekat jake's starhill
Quote dewi_rina 25-7-2024 11:15 AM
Dah dapat yg muda, buang yg tua.. Nnti jumpa yg lain buang adira pulak
Quote awenda507 25-7-2024 11:37 AM
Buang masa je p mahkamah bercerai bagai hujung2 itu jugak yg ko hadap adira oii.
Quote brunesss 25-7-2024 11:42 AM
fooking disgusting
Quote 8Queen8 25-7-2024 11:45 AM
prince_marhaen replied at 25-7-2024 09:22 AM

Ruhainis dari dulu menghimpit laki orang rupanya. Asal berduit dan laki tu dah 2 bini. Patut lah Adira support Bella bercerai hari tu.
Quote lasagna 25-7-2024 12:21 PM
foxneo replied at 25-7-2024 10:02 AM
time diorang makan tu sis ada sekali kt resto tu u allsss. kemainnnn. dekat jake's starhill

seriyessss arrrr.. ptt uols snap jer gambo!
hahahaha bukti kat porem.
Quote foxneo 25-7-2024 02:36 PM
lasagna replied at 25-7-2024 12:21 PM
seriyessss arrrr.. ptt uols snap jer gambo!
hahahaha bukti kat porem.

tapi masa diorang makan tu bertiga, so rasanya yang snap gambar tu lelaki yg ketiga tu. so rasanya betulla mereka sendiri (red or ninis) yang sebarkan pic tu. lagi pun sape je yg ke starhill tu kenal sangat diorang ni time tu

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 07:27 AM GMT+8 , Processed in 0.087641 second(s), 49 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top