CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tudung ‘terbang’, Peminat kecewa Nelydia Senrose tayang rambut perang

24-7-2024 10:23 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 41792| Komen: 46



Terus mencetuskan spekulasi, pelakon Nelydia Senrose menjadi bualan peminat apabila didakwa sudah tidak lagi bertudung.

Perkara tersebut menjadi bualan selepas sepupunya, Aprena Manrose memuat naik foto bercuti di Cameron Highland yang memperlihatkan Nelydia atau nama sebenarnya, Nik Zaris Nelydia Nik dengan imej baharu.



Menerusi gambar tersebut, Nelydia dilihat ‘tayang’ rambut panjangnya yang berwarna perang di samping suami tercinta.

Semakan Kosmo! Online menerusi ruangan komen mendapati rata-rata netizen terkejut dengan penampilan terbaru adik kepada aktres Uqasha Senrose meskipun telah bergelar Hajah.


Malah terdapat netizen yang menyelar tindakan itu selain menasihatkan agar dia bermuhasabah dan kembali menutup aurat dengan sempurna.

“Tudung Nelydia sudah terbang? Entah apa lah yang difikirkan, awak sudah cantik bertudung, buka tudung terus nampak tua, awak kejar apa sebenarnya?.” komen netizen itu.

“Orang Palestin tidur pun pakai tudung sebab bimbang mati dalam keadaan tidak menutup aurat, moga Nelydia bermuhasabah diri, dunia ini persinggahan semata-mata, jangan leka dengan godaan syaitan,” komen seorang lagi pengguna media sosial.

“Ini mesti sebab sendu tiada tawaran sampai sanggup buka tudung, ikut jejak kakak Uqasha tudung terbang entah kemana,” tulis seorang lagi netizen.

Begitupun, ini bukanlah kali pertama tudung pelakon kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu ‘terbang’.


Sebelum ini, Kosmo! Online melaporkan pelakon drama popular Setia Hujung Nyawa itu menukar gambar profil Instagram yang menunjukkan tidak lagi manis bertudung.

Pada September tahun lalu, ruangan pojok Mizz Lahar turut melaporkan wanita itu sekadar mengenakan topi ketika bercuti bersama saudara terdekat dan beberapa rakan lain di Bangkok, Thailand.

Nelydia difahamkan mula mengenakan hijab sejak 2022. 


Sumber: Kosmo


Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My 

Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote anarina 24-7-2024 10:25 PM
Retis2 semua lawaaaaaa xpakai tudung. Xpakai tudung mmg lawa2. Better xyah pakai. Serius bkn perli. Rugi awal2 pakai bertutup. Flaunt while u still young n bergetah nyahhh. Periodt!
Quote Mimo.mimo 24-7-2024 10:33 PM
Dah nama pun artis. What do you expek gituhh.

Obviously duduk dalam industri hiburan ni takleh suci murni je. Freehair lagi elok kot.
Quote diaitu 24-7-2024 10:38 PM
Mmg freehair lg lawa
Quote sfrnna 24-7-2024 10:43 PM
Tudung org yg disebuknya. Dia berlaki kot. Pandai2 la laki tu tegorr
Quote prettygood 25-7-2024 01:20 AM
sfrnna replied at 24-7-2024 10:43 PM
Tudung org yg disebuknya. Dia berlaki kot. Pandai2 la laki tu tegorr

oh berlaki lagi ke, ingt dh tkde pape sbb haritu kan merajuk gi overseas
Quote manop 25-7-2024 06:22 AM
Cehh netizen pun..sibok. She is a grown up woman stop being busybody la. Tudung ..tudung..yg pakai tudung pun mulut cam haper hentah....perangai kalah kak joyah
Quote noor2 25-7-2024 06:58 AM
Peminat ni mak artis ni ke cane...kecewa smcm bila org tu bukak tudung...penyibukkk jela bab tudung ni...
Quote noor2 25-7-2024 07:01 AM
Ada iras puteri Sarah muka dia ni
Quote Rogue98 25-7-2024 07:17 AM
Susah nak dapat job kut. Tak payah nak cerca sangat lah pasal tudung....itu hal dia dgn Allah...bukannye dia bogel pun...yang pakai tudung pun berlambak2 dosa. Yang tutup atas bawah pun kena tahan SPRM.
Quote laqoyah 25-7-2024 08:43 AM
cantik lagi tak bertudung......
Quote watachiwa 25-7-2024 09:29 AM
dia ni duk berlakon lagi ke
Quote yururi 25-7-2024 09:30 AM
Beza betul ya komen netizen lembam bila nelydia dgn mawar cabut tudung. Kat ig mawar tu kesian iols tengok, dihencap dimaki serupa org tu jatuh murtad
Quote Incanto 25-7-2024 09:38 AM
noor2 replied at 25-7-2024 06:58 AM
Peminat ni mak artis ni ke cane...kecewa smcm bila org tu bukak tudung...penyibukkk jela bab tudung  ...

teringin plak nak tgk lifestyle peminat yg komen ni

tawadduk sgt ke?

tp berkuntum kat socmed


Quote noor2 25-7-2024 09:40 AM
Incanto replied at 25-7-2024 09:38 AM
teringin plak nak tgk lifestyle peminat yg komen ni

tawadduk sgt ke?

Itulah kan....kadang2 lagi pelik artis tu minta maaf kat masyarakat...nk minta maaf knp..bukan depa yg catat amalan kita..
Quote cm_vungtau 25-7-2024 09:44 AM
Melayu memang gitu. Kalau pasal tudung tetiba dia jadi terpaling syorga. Kosser mak.

Neli bila pakai tudung nampak kesedihan kat muka dia. Entah taktau nak cakap. Nampak sedih. Tapi bila bukak tudung nampak lebih free.
Quote aciksenah 25-7-2024 09:55 AM
anarina replied at 24-7-2024 10:25 PM
Retis2 semua lawaaaaaa xpakai tudung. Xpakai tudung mmg lawa2. Better xyah pakai. Serius bkn perli.  ...

Kan..bukannya anak2 awak nak marah2 ni. Tak ada kerja lain agaknya asyik bertangga kat medsos retis..
Quote hyie 25-7-2024 10:00 AM
sheols memang on off khenz
Quote selipar_hijau 25-7-2024 10:02 AM
netizen pun takyah la nak terkejut sangat
mcm tak pernah tengok
Quote naina 25-7-2024 10:08 AM
Lahaii kenapa ya dia boleh jadi cantik sangat
Kulit dia bersinar2 betol

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:59 AM GMT+8 , Processed in 0.047914 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top