CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Saya Bakal Rogol Awak”- Terima Ugutan Perkosa Di Media Sosial, Diana Danielle Lapor Polis

24-7-2024 10:20 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 36840| Komen: 6



Pelakon terkenal, Diana Danielle, 32, memberikan amaran tegas bahawa beliau akan membuat laporan polis terhadap individu yang mengugut untuk merogolnya melalui media sosial.

Diana yang marah dengan tindakan tersebut, menegaskan bahawa ugutan itu adalah perkara yang sangat serius dan tidak boleh dibiarkan begitu sahaja.

"Dalam kenyataan yang dimuat naik di media sosial, Diana berkata, “Saya tetap akan buat laporan polis bagi sematkan dalam otak awak yang awak ugut untuk merogol saya.”

Diana yang menggunakan nama penuh Diana Danielle Danny Beeson, meminta individu terbabit untuk memohon maaf atau bersedia diheret ke muka pengadilan.


“Apa yang awak katakan adalah sangat serius dan saya masih menunggu permohonan maaf. Jika tidak saya akan cari awak dan bawa kes ini ke mahkamah atas apa yang awak lakukan,” tegasnya lagi.

Diana, yang juga isteri kepada pelakon Farid Kamil, menambah bahawa beliau tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang jika permohonan maaf tidak diterima.

Pelakon filem “Imaginur” itu juga mengingatkan orang ramai agar sentiasa berhati-hati dengan tindakan atau komen yang ditinggalkan di media sosial.

“Hanya kerana kita mahu menjawab soalan seseorang tanpa tahu identiti, tidak bermaksud awak boleh cakap apa sahaja awak nak. Dengan senangnya saya boleh cari informasi peribadi, jangan pandang remeh dengan saya. Saya ambil berat tentang perkara ini,” jelasnya.

Insiden ini bermula apabila seorang individu meninggalkan kenyataan ‘saya bakal rogol awak’ dalam kotak soalan di Instagram Diana. Menyedari kesalahan yang dilakukan, individu tersebut terus memohon maaf kepada Diana.

Namun, masih belum dapat dipastikan sama ada Diana akan meneruskan hasrat membawa isu tersebut kepada pihak berkuasa atau sebaliknya.

Apa yang jelas, Diana mahu memberikan mesej bahawa ugutan seperti ini tidak boleh dipandang ringan dan tindakan tegas perlu diambil untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan semua pihak terjamin.



Sumber: Murai.my


Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My 

Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jambatannetizen 25-7-2024 02:03 AM
Yang dia pergi open up question dekat NGL itu kenapa? Dah tau artis. Mesti ada peluang org comment bukan2.

#bodoh
Quote noor2 25-7-2024 02:08 AM
Muka baju hijau ni x filter ke cane...
Quote Olumis 25-7-2024 11:55 AM
Bagus dd. Yang ugut2 dan komen jelek ni patut dihuman dalam penjara.
Quote makihamis 25-7-2024 05:06 PM
pi buka soalan kat umum merasa la dapat soklan yang bukan bukan
Quote wanie_aq 25-7-2024 05:15 PM
Geli lah org komen tak pakai otak ni nnt bila kena hukuman buat2 sedih
Quote bottombikini 25-7-2024 05:21 PM
dah kau pun gigih menayang

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 07:31 AM GMT+8 , Processed in 0.048691 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top