|
Seorang penceramah agama yang berasal dari Jawa Barat tampil memohon maaf selepas ceramah yang disampaikannya mengundang kontroversi. Malah ceramah Mama Ghufron itu turut mengandungi kandungan pelik antaranya dia mendakwa boleh bercakap dengan malaikat, serta boleh berkomunikasi dengan semut. Lelaki itu memohon maaf menerusi sebuah saluran YouTube dipercayai diadakan di Pesantren Uniq Nusantara Pancasila di tempat dia mengajar. Menerusi klip yang berdurasi 2 minit 19 saat itu, Mama Ghufron yang didampingi tiga individu lain menyampaikan permohonan maaf secara rasmi kepada masyarakat. "Saya dari Pondok Pesantren uniq Nusantara Pancasila mohon maaf yang sebesar-besarnya, atas klip kontroversi ceramah saya sebelum ini," kata Abuya Mama Ghufron atau nama sebenarnya Muhammad Abdul Ghufron Al Bantani pada Jumaat. Susulan kontroversi berkenaan, Majlis Ulama Indonesia (MUI) dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa pihaknya akan sentiasa melakukan pemantauan dan akan memperhalusi secara mendalam berhubung ceramah kontroversi lelaki tersebut.
Sumber: Gempak Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1 Whatsapp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029Vacxp9d9MF91QzmmW60X Threads : https://www.threads.net/@caridotmy |

hokeypokey replied at 24-7-2024 02:08 PM
Lelaki yg sama ke yg nk ke matahari hari tu???



pejol replied at 24-7-2024 09:06 AM
yg kuban2 ni mmg byk kat konoha sana kan

supernaturalee replied at 24-7-2024 04:26 PM
yg tu pak cik man

ifanonline replied at 24-7-2024 05:10 PM
org larang jgn isap gam, ko pergi isap jugak
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
18-2-2026 01:06 PM GMT+8 , Processed in 0.089622 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.