CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bekas pengendali skuad kebangsaan Vietnam, Park Hang Seo calon ganti Pan-gon

24-7-2024 08:15 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 16375| Komen: 12


Kuala Lumpur: Siapa yang bakal mengisi jawatan jurulatih Harimau Malaya terus hangat diperkatakan dengan terbaharu nama bekas pengendali skuad kebangsaan Vietnam, Park Hang Seo pula menjadi sebutan.

Media Vietnam, Bongdaplus dalam laporan mereka mendakwa pengendali dari Korea Selatan itu sebagai antara calon utama bagi menggantikan tempat Kim Pan-gon.

Setakat ini, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) masih lagi kekal tenang dengan tidak akan tergesa-gesa untuk mencari pengganti Pan-gon selepas melantik Pau Marti Vicente sebagai pemangku ketua jurulatih skuad kebangsaan.

Meskipun dianggap sebagai perancangan jangka pendek, badan induk itu pasti akan menilai keupayaan Vicente terutama pada kejohanan Pestabola Merdeka, September depan dan mungkin juga hingga Piala Asean hujung tahun ini.

Sebelum ini, Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin juga dilaporkan berkata bahawa Hang Seo pernah menyatakan minat untuk membimbing Harimau Malaya.



Pengendali berusia 66 tahun itu kini bertindak sebagai penasihat kelab Bac Ninh FC di Vietnam dan dia turut dikatakan menjadi buruan pasukan kebangsaan Kemboja.

Pada 16 Julai lalu, Pan-gon mengumumkan peletakan jawatannya berkuat kuasa serta merta kerana komitmen peribadi, biarpun kontraknya dengan FAM masih berbaki hingga Disember 2025.

Staf kejurulatihan lain iaitu penolong jurulatih, Park Bobae; jurulatih penjaga gol, Cho Junho; jurulatih kecergasan, Jihyeon Park dan jurulatih analisis prestasi, Lim Jaehun bagaimanapun akan terus kekal berdasarkan kontrak masing-masing.

Selain Hang Seo, nama lain yang turut dikaitkan sebagai pengendali Harimau Malaya ialah bekas pengendali Tajikistan, Petar Segrt.

Hal ini kerana, Segrt secara terbuka menyatakan minat menggalas peranan jurulatih Harimau Malaya. Minat jurulatih Croatia itu timbul selepas jurulatih Korea Selatan, Kim Pan-gon mengumumkan peletakan jawatannya sebagai jurulatih skuad kebangsaan Malaysia pada 16 Julai lalu.


Sumber: Harian Metro


Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My 

Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Ai_kiu 24-7-2024 08:30 AM
Wow
Quote pokokmeranti 24-7-2024 09:16 AM
ambilah Yusri Che Lah, mesti mantap.....
Quote Cassieopeia 24-7-2024 09:43 AM
wow pakcik Park Hang Seo ni bagus tgkla vietnam dr zero melonjak naik by gak siap menang gelaran 1st time lps dia jd coach..
Quote ifanonline 24-7-2024 09:45 AM
kita dah ketandusan jurulatih tempatan...melayu, cina dan india takde yg pakar dlm bolasepak
Quote akido_kido 24-7-2024 09:46 AM
Ambil la europe pulak
Quote grouper 24-7-2024 09:56 AM
Gaji jurulatih bola ni gila tinggi smpai rm300000 sebulan...gaji pan gon dlu pun 180k..sama macam player bola gaji puluh2 k..tapi level asean je betul2 buang duit sukan bola sepak ni..pastu banyak kelab x leh bayar gaji
Quote prettygood 24-7-2024 04:42 PM
Apasal muka dua org ni sama mcm squid game hahahah
Quote zuuu 25-7-2024 01:39 PM
Ambiklah jurulatih terbaik dunia sekalipon,tetap xkan ada perubahan kalo banyak sanggat campur tangan luar yg akhirnya mmbataskan kuasa jurulatih,patut kita belajar dari indonesia,tengok camne peningkatan team bola sepak kebangsaan dyorg,baik skuad senior mahupon u23,kalo sistem pentadbiran kita sndri kekal sama ko g park han seo ni pon xguna gak,lama2 dia pon fed up n letsk jawatan cam kpg
Quote Decaffeinated 25-7-2024 10:10 PM
Park Hang Seo. Jangan bagi jadi jurulatih Kedah dah lah, takut Nusi salah sebut.
Quote Decaffeinated 25-7-2024 10:13 PM

Pau Marti Vicente?

Quote Purestteam1 25-7-2024 10:34 PM
bayar mahal² tapi xda improvement gak

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 11:11 AM GMT+8 , Processed in 0.092467 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top