CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki baling batu besar ke arah cermin kereta Perodua Myvi diburu

24-7-2024 07:29 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 17226| Komen: 8



SUBANG JAYA – Polis sedang mengesan seorang penunggang motosikal yang membaling seketul batu ke arah cermin sebuah kereta dalam kejadian di Jalan SS14, di sini, 14 Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, kejadian tersebut berlaku sekitar pukul 10.40 ketika pasangan suami isteri memandu kenderaan jenis Perodua Myvi.

Katanya, mangsa seorang wanita berusia 42 tahun memaklumkan diekori seorang lelaki tidak dikenali menaiki motosikal serta nombor pendaftaran tidak diketahui.

“Semasa mangsa membelok di lokasi kejadian, mangsa terdengar bunyi hentakan juay di bahagian belakang keretanya.

“Pemeriksaan mangsa mendapati belakang kenderaanya telah pecah dan mengalami kerugian sekitar RM400,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, siasatan awal mendapati mangsa yang bekerja sebagai jurubahasa bersama dengan suami ketika kejadian.


Jelas Wan Azlan, mangsa serta suami tidak mempunyai sebarang masalah dengan mana-mana pihak serta tidak mengenali suspek yang mengekorinya.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

“Usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan. Mana-mana pihak mempunyai maklumat boleh salurkan ke pegawai penyiasat Asisten Superintenden, Ahmad Faizal Shaikh Ab Rahim di talian 019-7506606,” katanya. 


Sumber: Kosmo

Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My 

Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 24-7-2024 09:16 AM
“Semasa mangsa membelok di lokasi kejadian, mangsa terdengar bunyi hentakan juay di bahagian belakang keretanya.


ape ni

Quote IzzahF 24-7-2024 09:18 AM

nampak jugak
Quote duri_durians 24-7-2024 09:28 AM

aku terus tengok kat keyboard.
rupanya 'kuat'.
typo 1 hal, pastu tak tengok balik ke apa yg kau dah taip tu?

Quote prettyuglybabe 24-7-2024 10:07 AM
kalau myvi, bezza, dugong kena macam ni, i agak hmmm sikit..
sama macam kereta plat j p d a
Quote prettygood 24-7-2024 04:47 PM
Erm cuak jugak tu kalau diburu
Quote pejol 24-7-2024 05:08 PM
mesti ada pasal sblom tu..takkan tak pasal2 baling kot
Quote stompuper79 24-7-2024 05:37 PM
podol da ckp byk kali, bagi signal. (tuduhan liar)
Quote ⠀⠀⠀ 6-9-2024 02:51 PM

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 07:44 AM GMT+8 , Processed in 0.170873 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top