Usahawan yang juga pempengaruh, Kieda Crepe meminta semua pelanggan yang membuat pembelian bajunya sempena jelajah Pahang untuk memulangkan semula dalam masa terdekat. Perkara itu dimaklumkan Kieda atau nama sebenarnya Siti Nur Khalieda Yusra di Facebook selepas menerima kecaman ekoran menggunakan logo rasmi Ultras Pahang iaitu Elephant Army (EA) pada baju yang dicetak tanpa kebenaran. “Terima kasih semua yang support (sokong) dan bekerjasama dengan baik. ‘Refund’ (pulang) baju semula kepada kami, kami tanggung rugi. “Kami tak mahu makan duit haram melalui logo orang sepertimana netizen komen. Kita nak cari rezeki yang berkat,” katanya semalam. Dalam pada itu, suami Kieda iaitu Hilmi Zikri turut membuat permohonan maaf kepada EA kerana menggunakan logo berkenaan dan akui tidak tahu bahawa ia telah didaftarkan sejak tahun 2018.
Sementara itu, EA dalam kenyataan memaklumkan terdapat insiden penggunaan logo pihaknya secara tidak sah oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Katanya, penjelasan itu bagi mengelakkan terjadinya salah faham dan usaha pengambilan untung yang berlawanan dengan prinsipnya. “Kami amat menitikberatkan integriti simbol-simbol yang mewakili kami dan kami ingin menjelaskan tidak ada sebarang kerjasama antara jenama tersebut dengan pihak kami. “Ingin kami tegaskan bahawa logo Elephant Army telah didaftarkan secara rasmi sebagai cap dagangan di bawah Perbadanan Harta Intelek Malaysia,” jelasnya. Justeru, EA berkata, mana-mana pihak dinasihatkan agar tidak menyalahgunakan logo sama ada sengaja atau tidak sengaja kerana menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 38, Akta Cap Dagangan 1976. Sumber: Kosmo Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1 Whatsapp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029Vacxp9d9MF91QzmmW60X Threads : https://www.threads.net/@caridotmy |
Prickford replied at 24-7-2024 09:01 AM
Yang iolls pelik, dah kenapa buat jersi & jual? Lagi pelik ada manusia bongok yg beli. Euww..~~
Prickford replied at 24-7-2024 09:01 AM
Yang iolls pelik, dah kenapa buat jersi & jual? Lagi pelik ada manusia bongok yg beli. Euww..~~
mizruncing replied at 24-7-2024 09:10 AM
kelakar tgk smpai sanggup beli baju kat dia.. kaya btol korang ehh. dah support makan manis2 dok sup ...
azimodin replied at 24-7-2024 09:03 AM
Yang lagi pelik dah kenapa ada manusia hadap beli baju ada tulis kekdah crepe? Kekdah bukan retis ...
yururi replied at 24-7-2024 09:21 AM
Saman je lah influenza betina ni, setakat nasihat je buat apa
ADVERTISEMENT