Penyanyi rap terkenal, Joe Flizzow memaklumkan dirinya tidak memerlukan khidmat pengawal peribadi meskipun sudah berkecimpung dalam industri seni lebih 20 tahun. Ketika ditemui OhBulan!, Joe atau nama sebenarnya Johan Ishak berpendapat, mungkin sikap rendah diri yang diamalkannya terhadap semua pihak menjadi kunci utama buatnya untuk bertahan sehingga ke hari ini. Tambah pelantun lagu ‘Sunyi’ itu lagi, dia juga tidak mempunyai sebarang musuh dan akan sentiasa berbuat dengan semua pihak. "Apa yang saya tahu dan diajar selama ini supaya sentiasa bersikap rendah diri. Dari dulu hingga kini, saya keluar tanpa pengawal peribadi kerana saya tiada musuh." "Dalam industri kalau nak pergi jauh, pelaburan paling penting adalah sifat rendah diri dan menjaga hubungan baik dengan semua orang." "Tak kiralah jurutera bunyi, penjaga lampu atau penjual air sekalipun perlu dilayan dengan baik."
"Ada artis hanya berkawan dengan artis sahaja, tapi mereka tidak baik dengan jurutera bunyi. Tak bolehlah begitu kerana kita pasti akan berjumpa dalam projek lain." Joe berkongsi perkara berikut ketika ditemui pada majlis sidang media konsert Divas & Diamonds 2024, baru-baru ini. Dalam pada itu, penyanyi rap yang terkenal dengan jolokan ‘The President’ berpendapat penyanyi yang mahu kekal lebih lama di dalam industri hiburan perlu menghasilkan karya dan lagu yang bagus. "Tiada jalan pintas, tapi pastikan lagu kena bagus. Sesiapa pun walau tiada nama sekalipun kena ada lagu dan produksi yang bagus, tak boleh ambil jalan mudah." "Insya-Allah, bila kita rendah diri dan kerja keras, akan ada peluang untuk semua." "Tak semua lagu saya mencapai hits, tapi apa yang penting kena sabar dan tak cepat putus asa sehingga saya sendiri tak menyangka lagu Satu Malam Di Temasek boleh bertahan 15 minggu dalam carta." Sumber: OhBulan Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1 Whatsapp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029Vacxp9d9MF91QzmmW60X Threads : https://www.threads.net/@caridotmy |
prettygood replied at 24-7-2024 12:12 AM
terbaikk sentiasa humble btw dia ni kerabat ke sbb selalu nmpk dia dgn johor
lasagna replied at 24-7-2024 08:26 AM
ehh tak laa.. mak joe yg slalu jmp queen of johor.
dlu dia prnh cite dlm satu podcast,
slalu drive ...
biskutmayat replied at 24-7-2024 09:15 AM
Kira mak dia BFF dengan Sultanah Johor la?
lasagna replied at 24-7-2024 12:28 PM
iya laa kot, sbb joe ckp mmg dia slalu bwk mak dia jmp sultanah.ada keje2 charity ke hape ntah cam ...
lasagna replied at 24-7-2024 08:26 AM
ehh tak laa.. mak joe yg slalu jmp queen of johor.
dlu dia prnh cite dlm satu podcast,
slalu drive ...
noell replied at 24-7-2024 05:37 PM
bukan mak dia ex reporter berita harian bff arwah tokpah dulu ka camna?? pak dia ex baca berita tv ...
Rogue98 replied at 24-7-2024 09:21 PM
Kaya sangat ke sampai kena ada bodyguard...tiberrr..
ADVERTISEMENT