Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba personaliti media sosial Ananda Natasha mendakwa bekas suaminya yang juga seorang pempengaruh berlaku curang. Menerusi Instagram Story (IG), Nastasha memuat naik tangkap layar perbualannya dipercayai bersama beberapa orang individu yang tidak dinyatakan identiti di aplikasi WhatsApp dan direct message (DM). Mereka mendedahkan kepada Natasha tentang sikap bekas suaminya yang didakwa curang. Bukan itu sahaja, pempengaruh berusia 27 tahun itu juga didakwa mempunyai hubungan dengan wanita berstatus isteri orang. Sementara itu, Natasha turut meluahkan rasa kesal terhadap perbuatan bekas suaminya. "Macam tu ke jalan ceritanya? Tiga tahun awak curang dengan staf, saya masih terima awak, saya tetap jaga aib awak semua." "Tak sanga selicik ini yang awak buat di belakang saya." "Tak cukup dengan staf, bini orang pun sanggup awak sailang. Mana hati dan otak awak?"
Dalam pada itu, terdapat seorang individu mendakwa bahawa dia melihat pempengaruh tersebut mesra dengan seorang wanita yang berstatus isteri orang ketika menjayakan sebuah program motivasi. Bagaimanapun, individu berkenaan mengambil tindakan untuk tidak memaklumkan perkara tersebut kepada Natasha sebelum ini kerana tidak mahu mengganggu urusan peribadi mereka. Sementara itu, Natasha turut berasa kecewa terhadap sikap bekas suaminya yang didakwa tergamak bermain kayu tiga di belakangnya. "Masa itu agaknya tengah angau cinta terlarang. Ya lah, baru ceraikan isteri, dalam edah lagi." "Kita siap minta tolong dengan perempuan itu suruh pujuk kesian sebab anak, patut lah masa tu kata suami tak bagi ikut campur dah hal saya, rupanya ada udang di sebalik batu." Terdahulu, desas-desus yang mengatakan mereka sudah bercerai akhirnya terjawab apabila Natasha dan bekas suaminya dilihat hadir bersama ke mahkamah dan kemudian memaklumkan perkara tersebut di media sosial. Sebelum itu, meskipun tidak menyatakan secara terperinci tentang status perhubungan mereka namun rata-rata warganet mendakwa pasangan itu telah berpisah selepas jarang dilihat bersama. Untuk info, selama empat tahun mendirikan rumah tangga, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang bernama Alisha Puteri. Sumber: OhBulan Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1 Whatsapp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029Vacxp9d9MF91QzmmW60X Threads : https://www.threads.net/@caridotmy |
prince_marhaen replied at 24-7-2024 09:57 AM
hadap sangat nak kawin ngan pondan foundation tebal ni dulu kan... bukan takat pompuan, jantan pun d ...
prettyuglybabe replied at 24-7-2024 10:11 AM
sapa lakinya noks?
prince_marhaen replied at 24-7-2024 02:29 AM
si ponen narsis ni lah... dulu suka buat video content2 sampah, video ala-ala lucah, pstu 24jam be ...
prince_marhaen replied at 24-7-2024 10:29 AM
si ponen narsis ni lah... dulu suka buat video content2 sampah, video ala-ala lucah, pstu 24jam be ...
BoongaKertas replied at 24-7-2024 10:40 AM
oh ni ke ex lakinya? mamat ni selalu dulu pakai jubah kan ckp psl islamik thingy?
kemboja2020 replied at 24-7-2024 11:04 AM
Dengan Nadira tu dulu video apa? Iklan produk ke apa?
prince_marhaen replied at 24-7-2024 03:19 AM
yerr.... tagline bodoh dia 'pergi mampos pergi mampos dengan mulut orang' tu dengan cakap pelat & ...
ADVERTISEMENT