Penyanyi terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari memberitahu dia tidak mempunyai perancangan untuk menambah cahaya mata. Mengambil kira soal usia yang sudah menginjak 41 tahun, Bunga berkata, dia tidak mahu menanggung sebarang risiko buruk sekiranya hamil sekali lagi. "Saya tiada baby bump pun, sebenarnya itu adalah memang bentuk badan saya. Sehingga ke hari ini saya ingin beritahu, saya tidak berniat untuk memiliki anak lagi." "Noah (anak sulung) pun sudah meningkat remaja dan saya sudah berusia 41 tahun. Jadi dengan usia begitu saya rasa ia sedikit berisiko sekiranya hamil lagi." "Saya ingin mengurangkan segala risiko supaya saya boleh hidup lebih lama dengan Noah." Bunga berkata demikian sejurus usai konsert minggu pertama Gimme The Mic Malaysia yang berlangsung di Pusat Konvensyen CIDB, Cheras, Kuala Lumpur pada Ahad.
Melanjutkan bicara, pelantun lagu Ingkar itu bagaimanapun tidak menolak rezeki Allah sekiranya dikurniakan zuriat. "Bagaimanapun tiada siapa yang tahu dengan takdir Allah. Tiada siapa yang boleh menolak takdir-Nya." Sementara itu, disoal mengenai kehidupannya selepas berkahwin sekali lagi, Bunga berkata, dia gembira menjalani hidup bersama satu-satunya anak tunggalnya dan suami tercinta, Tiko Aryawardhana. "Kita perlu jalani hidup ini dengan sebaiknya, saya dan keluarga gembira dengan kehidupan kami." "Saya juga sudah berusia 41 tahun, jadi yang lebih utama adalah untuk memastikan hari demi hari adalah sentiasa baik dan indah." Sumber: OhBulan Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1 Whatsapp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029Vacxp9d9MF91QzmmW60X Threads : https://www.threads.net/@caridotmy |
Beribear replied at 24-7-2024 09:30 AM
Tapi kan artis Korea Umur 40 lebih pon still preggy..
primarikey replied at 30-7-2024 04:14 PM
Nampak berumur sgt bcl skrg
Adakah sbb she minum2
ADVERTISEMENT