CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Syamsul Yusof Santai Melawat Dusun, Netizen Nasihat Ziarah Ibu Bapa – ‘Mereka Sudah Tua’

23-7-2024 09:54 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 26421| Komen: 31


Pengarah popular, Syamsul Yusof menyorot perhatian warganet sekali lagi dengan berkongsi suasana ketika berada di dusun.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, kelihatan Syamsul atau nama lengkapnya Mohd Syamsul Mohd Yusof dipercayai sedang berada di dusun buah-buahannya.

Dusun yang luas itu antaranya dipenuhi dengan pokok durian, pisang dan cili.


"Melawat ladang, mudah-mudahan Allah izin."

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji Syamsul yang tidak hanya bergantung kepada hasil karya seninya malah berbudi kepada tanah.

"Artis yang beli tanah buat kebun ni memang bijak."

"Patutlah ‘steady’, dah jadi tauke musang king rupanya. Salute kepada orang yang mula berkebun dari awal macam ini daripada ambil yang sudah ada hasil."


"Alhamdulillah ini baru betul usahawan hebat. Bimbing pula artis yang susah ke arah pertanian. Saya sokong usaha awak."

Dalam pada itu, terdapat segelintir warganet yang turut menasihati pengarah filem Munafik tersebut supaya pulang menziarahi ibu bapanya.

"Balik dari kebun jangan lupa melawat ayah bonda."

"Semoga berjaya, tapi jangan lupa jumpa mak ayah. Mereka sudah tua."

"Untuk keberkatan hidup, balik jumpa mak ayah dulu."

Sebelum ini, timbul juga dakwaan yang mengatakan isterinya iaitu Ira Kazar kini sedang hamil dan berikutan itu dia tidak lagi aktif memuat naik hantaran di media sosial.

Bagaimanapun, sehingga kini mereka masih lagi mengunci mulut tentang dakwaan tersebut.

Bapa kepada Syamsul iaitu penerbit terkenal Datuk Yusof Haslam memaklumkan dia dan isteri tidak tahu menahu mengenai dakwaan tersebut memandangkan mereka juga sudah lama tidak berhubung dengan anaknya.

Namun sebagai seorang bapa, Yusof sentiasa berdoa agar anaknya itu terbuka hati untuk datang berjumpa keluarga.

Sumber: OhBulan

Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My 

Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Manusiabesa 23-7-2024 10:14 PM
Serai dh aku rasa dgn belen tu.

Klu masih laki bini mau sol kena lyn pak metua kaw2.
Tp nengok rilek je jln rutine mcm bujang.

Apa2 pun capik adik nya psti only one yg tau pekara rhsia ttg sol.
Quote bambimo 23-7-2024 10:19 PM
Untong IK and family dpt tauke musang king
Quote prettygood 23-7-2024 11:38 PM
pandai la dia, bukan budak kecil lagi
Quote Rogue98 23-7-2024 11:42 PM
Sebok jer netizen. Orang tu dah kahwin 2 kali.. . Anak dah 2/3 orang... pandai2lah dia nak atur hidup dia.
Quote jalfa 24-7-2024 12:58 AM
Ziarah mak bapak korang je la..ape sebok pasal mak bapak dia
Quote bioessence 24-7-2024 05:16 AM
Betul. Nyetizen sebok kira dosa pahala sol Sedangkan syurga belum pasti. Nyampah pula. Sol tu dah besar panjang
Quote Thunderclouds 24-7-2024 06:40 AM
Netizen patot bkesah hal dlm kain sendri instead.
Dosa pahala & hal ibubapa retis tader kait mngait ngn netizen.
Quote sangbara2020 24-7-2024 09:46 AM
kau tanam musang king ke babi king ke...kesahhh plk aku....boikot still on...
koserr....
Quote yururi 24-7-2024 10:23 AM
Sol happy2 je update life, terus netizen syaitan busuk hati tak senang duduk. Teruskan update lagi sol, biar tak tenang hidup syaitan2 itu
Quote ihtisyam1 24-7-2024 10:29 AM
apapun.... aku tetap boikot mamat ni, bukan sebab dia bercerai ngan PS atau kawen ngan IK tapi dia prasan bagus .... tak boleh blah
Quote cikpah27 24-7-2024 10:49 AM
Aku pun rasa dia dah serai dengan yang di sinun.. Sebab dah takda hint2 kat mana mana yang depa masih bersama.. Dengan pak kazar pun dah xda aktiviti apa-apa senyap gitu ja..
Quote asma87 24-7-2024 10:51 AM
Oh...Ni la dusun yg ira kazar bangga 2 kan tu....aku ingat lagi ira reply DM haters dia, " xheranla wak, suami kite pon ada dusun durian"

Gittew ira dah jadi T20
Quote marchikobonzo 24-7-2024 11:17 AM
Lantak ke dia la..kita boikot je filem dia
Quote makihamis 24-7-2024 11:19 AM
mana lah acik acik tahu dia balik ke tidak sebuk betul acik acik ni nak nasihat anak orang
Quote jiwakacau06 24-7-2024 02:47 PM
video lama
Quote zuriey 24-7-2024 03:14 PM
cikpah27 replied at 24-7-2024 10:49 AM
Aku pun rasa dia dah serai dengan yang di sinun.. Sebab dah takda hint2 kat mana mana yang depa masi ...

Takkan cpt benar serai chuolss
Lautan siam sanggup ku renangi
Quote NazRysha 24-7-2024 03:17 PM
wowww mana kawan samsul yg kata sol lari dari IK tu
drama sangat
Quote dewi_rina 24-7-2024 04:08 PM
Pandai lah dia urus hidup dia, in shaa Allah nanti dia balik dgn mak ayah dia..
Quote sayurmayur88 25-7-2024 03:41 PM
life must go on

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:43 AM GMT+8 , Processed in 0.044141 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top