CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

Elcah Dedah Suami Diganggu Pramugari, Siap Minta RM20K! – ‘Seronok Eh Dia Panggil Suami Orang Baby Sayang, I Love You’

23-7-2024 09:39 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 33170| Komen: 17



Pempengaruh media sosial, Elcah membuat pendedahan mengejutkan mendakwa seorang wanita telah menganggu rumah tangganya bersama suami, Hafizuddin atau lebih dikenali sebagai Afi Hamri.

Menerusi perkongsian di Instagram Story, Elcah atau nama sebenarnya Aien Hasha mendakwa wanita terbabit yang bekerja sebagai pramugari di sebuah syarikat penerbangan terkenal itu pernah meminta wang berjumlah RM20,000 suaminya.


"Tak bayar gaji ke sampai layan suami orang. Siap panggil baby sayang, i love you suami orang, Amboi."

Dalam pada itu, Elcah mendakwa wanita terbabit sudah mengganggu hubungannya dengan pasangan sejak mereka belum berkahwin lagi.


"Saya dah beri amaran awak sebelum kahwin tapi awak memang beranai lepas kahwin muncul lagi. Seronok eh dia panggil suami orang baby sayang, panggil i love you. Lepas tu mudah je mintak RM20k."

"Dah ambil suami orang, nak ambil duit suami saya juga? Awak cari semua kawan suami saya supaya mereka tahu hubungan awak kan?"

Sementara itu, Elcah meluahkan rasa sedih dan terkilan apabila mengenangkan nasib anak perempuannya, Basheera yang terpaksa membesar dalam keluarga yang bermasalah.

"Kau tengok muka budak ni, kau tak rasa kasihan ke dekat anak aku ni? Sampai bila budak kecil yang tak tahu apa-apa ni nak hidup ke sana ke sini sampai besar? Mana pergi hati kau?"

Untuk rekod, Elcah telah mendirikan rumah tangga buat kali ketiga bersama Hafizuddin pada Januari 2024 selepas dua kali gagal dalam rumah tangga yang dibina pada tahun 2015 dan 2023 yang lalu.

Sebelum ini, Elcah pernah menjadi topik hangat di media sosial selepas mendedahkan dia telah diceraikan oleh bekas suaminya selepas lapan hari berkahwin.

Sumber: OhBulan

Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My 

Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 24-7-2024 10:16 AM
entah lah...kau pun kawin 2-3 kali macam main pondok2 je... maybe sama je la kot ngan pompuan tu..
Quote KamikuP 24-7-2024 02:17 PM
Muka laki camtu pon kene sondol.. apoo la taste pompuan skrg ni
Quote sfrnna 24-7-2024 04:46 PM
Aiyo. Tah2 laki ko pun sama jugak melayan.
Quote Sazreena 24-7-2024 08:03 PM
Muka tak penting..yg penting kephok! - motto abadi penyondol babi.
Quote prettygood 25-7-2024 01:23 AM
it takes two tango
Quote CoffeeOverdose 25-7-2024 11:54 AM
Sebenarnya laki ko sendiri yg rela disondol. klu tk, tkdanya betina tu berani minta duit sampai rm20K. ntah2, tu duit hantaran nikah tp ko pusing lain pulak. eh, ko dh 2 kali janda kot.. ni nikah kali ke-3. tk serik lagi gunakan rumahtangga as content utk kekal relevan? bosan la dgn spesis betina mcm ni.
Quote luvly_snow8608 25-7-2024 04:21 PM
Sheols dah ngaku laki sheols melayan sebab tu sheols ngamok kaw2 dengan laki sheols katanyaaaa. Tapi whatever it is sheols masih meroyan marahkan betina tu kata kenapa masih melayan sedangkan tahu yang jantan tu dah kawennnn. Ntah apa2 sheols nie. Sah2 la kene hamun laki dulu baru nak maki betina lain. Kalo laki ko tu lelaki lindungan kaabah, betina datang togel pon xdenya nak pandang

Btw, sian iols tgk dak ecah nie. Semua jantan yg sheols kawen jenis sekejap2. Ala2 touch and go gitu. Padahal rupa & body bole tahan (of course dgn bantuan filter & segala mak nenek drip tu)
Quote makihamis 25-7-2024 05:00 PM
kau pun kawin main tangkap muat, asal serasi 2 hari ajak nikoh. lepas tu rasa tak serasi 2,3 hari ajak serai. mengundanggg je
Quote AbukRokok 25-7-2024 07:45 PM
KamikuP replied at 24-7-2024 02:17 PM
Muka laki camtu pon kene sondol.. apoo la taste pompuan skrg ni

janji laki org
kluarlah hadis boleh kawin 4


Quote HappyGumbira 26-7-2024 02:57 AM
makihamis replied at 25-7-2024 05:00 PM
kau pun kawin main tangkap muat, asal serasi 2 hari ajak nikoh. lepas tu rasa tak serasi 2,3 hari aj ...

Ha ah..iols pun rasa jenis tangkap muat. Nak tunjuk kat sape entah. Mcm nak blawan plak.
Quote NazRysha 26-7-2024 03:24 PM
entah2 laki ko yg gatal dok salahkan org
muka mcm mayat hidup
Quote honeystar_11 26-7-2024 03:31 PM
Ni bukan ke yg mas kawen dpt merc tu?
Semoga baik2 sahaja
Quote PinkyPie 27-7-2024 12:25 PM
Katanya yg dilayan tu ex wife mamat tu pun kan
Quote NazRysha 28-7-2024 04:31 PM
betina ni sapa
geng2 muka mcm mirah muka mcm mayat
Quote Meraki 30-7-2024 09:37 PM
Yih
Quote Bubbleguppy 31-7-2024 09:07 PM
Tukar laki mcm tukar baju
Quote fatimahmarkonah 9-8-2024 12:32 PM
Hritu org dok pertikaikn dia pkai kete mhl tp pkai card tng. Awat xpkai smart tag ke rfid. Aku dlm hati tah2 kete sewa wakakakakakakaka

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 10:41 AM GMT+8 , Processed in 0.040326 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top