CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Seburuk Mana Pun, Saya Tetap Ayah Dia’ – Bapa Zara Zya Pilih Kunci Mulut

23-7-2024 09:36 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 29508| Komen: 83


Bapa kepada pelakon Zara Zya iaitu Encik Mohd Zainuddin memberikan komen terhadap kenyataan yang dikeluarkan pelakon itu terhadapnya melalui aplikasi Thread, baru-baru ini.



Menerusi temu bual bersama Melodi, Zainuddin memaklumkan dirinya tidak pernah menyimpan perasaan dendam terhadap Zara sebaliknya, sentiasa merindui pelakon yang terkenal menerusi drama ‘Budi’ itu.

Saya tak nak komen banyak, biarlah zara sendiri yang memberikan komen.

Saya sebagai seorang ayah, tak mungkin saya begitu dendam dan benci pada anak. Saya sentiasa rindu dan sayang anak saya.

Saya tak pernah pun sekilas ada rasa benci pada dia, terserah pada dia (Zara), biar dia yang memberikan komen dan saya akan ambil pendekatan untuk mengunci mulut.


Dalam pada itu, lelaki berkenaan turut berpesan kepada Zara, bahawa seburuk dan seteruk mana pun dirinya, dia tetap bapa kandung kepada pelakon berkenaan.

Tak ada apa yang saya nak katakan, cuma saya nak pesan kepada Zara, nama penuh dia adalah Zainurul Razia Mohd Zainuddin.

Sampai ke syurga pun sayalah ayah dia dan dia tak akan dapat ayah lain.

Seburuk mana pun ayah dia, saya tetap ayah dia. Itu saja yang saya nak pesan.


Terdahulu, Zara mencuri perhatian apabila mengakui dirinya tidak menjalinkan hubungan yang baik bersama bapa kandungnya.

Dakwa Zara, bapanya itu tergamak melemparkan kata-kata hinaan dan cacian kepadanya menerusi beberapa akaun palsu yang dibuatnya di media sosial.


Sumber: Melodi TV3, OhBulan

Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My 

Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote syitaeyqa 23-7-2024 11:13 PM
Anak dah besar baru nak cari ckp anak. Sebelum ni tanggungjawab mcm mana?

I percaya je bapa toksik mcm ni. Depan org pijak semut tak mati. Belakang orang, abuse mental anak kaw²
Quote Rogue98 23-7-2024 11:37 PM
Dulu ada bapa artis kena tahan pihak berkuasa... Bapak zara zya ni ke?
Quote sapeka 23-7-2024 11:45 PM
Ooo
Kes anak kaya baru nak ngaku la ni?
Quote prettygood 23-7-2024 11:57 PM
kenapa tiba2 ya?
Quote mawarika 24-7-2024 12:32 AM
Dari pengalaman sendiri.. ada la tu benda yg Amat menyakitkan bg anak. Masa kecik kena tinggal. Dah tua2 baru nak cari. Aku ada bapak tp mcm takde bapak. Sakit Kat hati ni Bila tgk dia bahagia bergurau senda dgn anak lain. Jalan Kat luar kalau berselisih dgn cucu sendiri pun tak kenal. Tunggu sikit je lg main taik.. tgk bini muda nak jaga ke tak.. huhu
Quote rayna_raynes 24-7-2024 01:07 AM
Aku benci bapak macam ni. Ego. Dia rasa sebab benih dtg dari dia, dia boleh buat or cakap sesuka hati.
Quote pocongkiutss 24-7-2024 01:33 AM
Eww..benci haku..ni mesti perangai ala2 solident ke alipnajis ke..pastu bila dh besar ...anak tak hengen jumpa..mula la ungkit sumbangan sperma..at least solident ok skitlah dr alipnajis
Quote anony-mous 24-7-2024 01:59 AM
Benci aku mak ayah mcm ni. Ingat kita heran ke berbapakkan dia?? Mcm ayat bapak dia “ada 1 je ayah”. Xde pon lg baik
Quote amjess 24-7-2024 07:22 AM
Rogue98 replied at 23-7-2024 11:37 PM
Dulu ada bapa artis kena tahan pihak berkuasa... Bapak zara zya ni ke?

kann…ada gak terbaca dulu..ternampak satu komen kt fb..bapak dia suka tipu duit org…ribu2…bila dah tipu dia pun pindah tempat lain..katanya gelaran dato pun beli..hurmmm…entah la betul ke tak komen tu
Quote Minami2013 24-7-2024 07:33 AM
Ingat kan bapak dah tak de. Rupa nya hidup lagi.
Quote pearl.silver 24-7-2024 07:35 AM
Toksik gila ayh
Nmpk sgt saja wat statement nk nmpk suci
Puii
Quote PinkyPie 24-7-2024 07:36 AM
Bapak toxic is real
Quote shernazz 24-7-2024 07:49 AM
Rindu kt duit zara zya lettew
Quote lasagna 24-7-2024 08:18 AM
tapi kan bila dah tahap camni, baru iols paham apsal sheol ni tak berjodoh lagi. mcm ada something hangin, rupanya ni laa kot, bukan mudah, tp sbb wali kan.. pape pun sheol kena juga carik bpk kandung utk wali kan sheol nti.
Quote IzzahF 24-7-2024 08:23 AM
sampai ke sorga? ada je bapak2 perasan mcm ni
Quote NazRysha 24-7-2024 08:25 AM
sapa tah ckp bapak dia datuk
betul ke>?
Quote NazRysha 24-7-2024 08:26 AM
dia ni muka awam betul yer
walaupun dah direnovate
makin kurus
Quote bored_atticus 24-7-2024 08:33 AM
bangga sangat nama anak berbin kan dia.. puihhh
ni mesti jenis narcisistik
Quote arffa 24-7-2024 08:34 AM
Aku paling benci dengan statement baik buruk mak ayah kita. hello jangan nak play victim kalau ko sebagai ibu ayah mana boleh jadi jahat dengan keluarga. dah tua anak dah besar boleh cari makan sendiri baru cakap sayang apa semua, masa diperlukan takde. Toksik parent

Lihat semua komen(83)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2025 10:48 PM GMT+8 , Processed in 0.062079 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top