Pelakon dan penyanyi Indonesia, Jennifer Coppen mengambil sedikit abu mayat suaminya, Yitta Dali Wasink dan disimpan di dalam loket rantai miliknya. Menurut Jennifeer, 23, atau lebih mesra dengan panggilan Mamari memberitahu bahawa cara tersebut membolehkan dia sentiasa bersama suaminya meskipun maut telah memisahkan mereka. "Kamu sebahagian daripada aku Dali. Aku akan selama-lamanya memakai rantai ini dan membawa kamu ke masa sahaja aku pergi." Jennifer berkongsi perkara itu menerusi Instagram Story (IG Story) miliknya berserta foto rantai berkenaan. Meskipun berat untuk menerima kenyataan suami tercinta telah meninggalkan dirinya dan Kamari buat selama-lamanya, namun Jennifer akui reda dengan takdir yang telah tertulis. Terdahulu, media melaporkan Yitta Dali Wassink meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya, pada Khamis lalu.
Untuk info, Jennifer Coopen dan Dali mendirikan rumah tangga pada Oktober 2023. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan. Sumber: OhBulan Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1 Whatsapp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029Vacxp9d9MF91QzmmW60X Threads : https://www.threads.net/@caridotmy |
ADVERTISEMENT