CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

Andika Putera nafi curang

23-7-2024 09:09 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 31346| Komen: 14



Personaliti media sosial Andika Putera menafikan dirinya pernah berlaku curang ketika masih bergelar suami kepada, Ananda Natasha.

Andika atau nama sebenarnya Muhammad Andika Putera, 27, bercerai dengan Natasha pada tahun 2022 atas faktor tiada persefahaman, namun rujuk semula demi kebaikan anak, Alisha Puteri sebelum mengambil keputusan bercerai semula pada Disember tahun lalu.

Tambah Andika, tuduhan berlaku curang adalah fitnah yang sangat besar, lebih-lebih lagi dikaitkan dengan seorang wanita yang sudah berkahwin.

"Dan sepanjang berumahtangga dengannya, saya tidak pernah berlaku curang dengan mana-mana pihak seperti yang didakwa.

"Coach (jurulatih) yang diperkatakan sudah berkahwin dan perkara ini sangat mengaibkan untuk dia dan juga saya," kata penceramah motivasi berasal daripada Pulau Pinang itu.


Andika bagaimanapun mengaku khilaf atas perbuatan kata-katanya ketika menyampaikan seminar mengenai topik hubungan suami isteri sehingga disalah tafsir dan dimanipulasi pihak tidak bertanggungjawab.

"Saya memohon maaf atas kesilapan yang tidak sepatutnya berlaku.

"Dan seperti biasa semua seminar saya akan dirakamkan untuk rujukan akan datang. Entah macam mana pihak yang dikenal pasti sudah memberikan video berkenaan kepada Natasha. Terus ia menjadi salah faham.

"Tak fasal-fasal saya dituduh curang. Dalam kes ini, benar ia silap saya, tetapi seminar itu diadakan selepas saya bercerai, cuma disebabkan pihak ketiga menokok tambah hingga timbul pelbagai andaian negatif," katanya yang mengambil iktibar dengan apa yang berlaku dan tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang jika terus berdepan fitnah.

Terdahulu, Natasha memuat naik siri tangkap layar dipercayai daripada beberapa individu di InstaStory mendakwa lelaki berkenaan bermain kayu tiga bersama seorang wanita yang juga ikon motivasi dalam sebuah program.

Sumber: Harian Metro


Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My 

Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mizzmimi 24-7-2024 12:27 AM
Jambul je tinggi sejengkal..

What are u trying to compensate
Quote prince_marhaen 24-7-2024 09:59 AM
macamana la pompuan ni boleh kawin ngan pondan narsis foundation kelabu tebal ni..
Quote jiji85 24-7-2024 10:31 AM
memang taste perempuan sekarang ke lelaki berjanggut tempel mcm tu?
Quote Meraki 30-7-2024 04:19 PM
Mmg nama betul ke andika putera tu?geli plak aku
Quote cempakaa 30-7-2024 10:23 PM
Meluat eh dia ni
Quote Tipahlawo 31-7-2024 08:54 PM
Sorry uollsss.. iollss newbie kt sini.. nk tnye.. cmne nk lps thread 3?
Quote eyena80 15-8-2024 10:48 AM
Tipahlawo replied at 31-7-2024 08:54 PM
Sorry uollsss.. iollss newbie kt sini.. nk tnye.. cmne nk lps thread 3?

Senasib la kita
Katanya kena ada 90 points
Kena rajin komen kat segala thread
Quote Tipahlawo 16-8-2024 09:09 AM
eyena80 replied at 15-8-2024 10:48 AM
Senasib la kita
Katanya kena ada 90 points
Kena rajin komen kat segala thread

Sbb nk masuk benang kak kepam ke? ????
Quote eyena80 16-8-2024 10:38 AM
Tipahlawo replied at 16-8-2024 09:09 AM
Sbb nk masuk benang kak kepam ke? ????


Yelah zissss
Hidup tak aman tak boleh baca benang kak pam
Quote Aku2011 13-9-2024 01:45 PM
Sorry aku x suka lelaki mcmni
Quote Aku2011 13-9-2024 01:45 PM
eyena80 replied at 15-8-2024 10:48 AM
Senasib la kita
Katanya kena ada 90 points
Kena rajin komen kat segala thread

Samaa lahh
Quote Chad 14-11-2024 12:49 AM
Mamat ni fyp balik gara gara dressing ala ala old money

Macamana dia boleh jadi penceramah motivasi sedangkan bila bercakap macam ada sesuatu dalam mulut

Meluat betul..
Quote cikdilla 19-11-2024 10:33 AM
bila kene interview asyik sebut dika dika. geram pulak mak mendengarnyaaa. pastu mcm mana org boleh attend talk dia ni eh. tak faham apa dia nak cuba sampaikan
Quote Sugatae 19-11-2024 11:18 AM
Chad replied at 13-11-2024 04:49 PM
Mamat ni fyp balik gara gara dressing ala ala old money

Macamana dia boleh jadi penceramah motivasi ...

Dressing old money tu vangang betul! Kejadah old money kalau ketiak melecek basah! Dahla seluar, lengan baju masih ketat. Pastu material baju2 and sluar2 dia pakai semua nmpak very cheap!

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 05:16 PM GMT+8 , Processed in 0.063224 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top