CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Natasha ‘Upload’ Mesej WhatsApp, Bukti Andika Main Kayu Tiga? – ‘Suami Perempuan Tu Pun Tak Menafikan Kecurangan Tersebut’

23-7-2024 09:04 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 24356| Komen: 34


Kecoh diperkatakan sejak semalam adalah pempengaruh Andika Putera didakwa curang oleh bekas isterinya yang juga personaliti media sosial iaitu Ananda Natasha.



Andika bagaimanapun menafikan dakwaan berkenaan malah menganggapnya sebagai satu fitnah.

Namun, Natasha tidak berdiam diri dengan bertindak memuat naik bukti perbualan daripada sebuah telefon bimbit yang dipercayai antara bekas suaminya itu dengan seorang wanita.

"Dah bersayang-sayang, ‘baby’ bagai..tak curang ke? Belum tunjuk yang tahun 2020 tau, sebelum ada Alisha lagi."

"Ingat tak bulan 9 terkantoi yang ini? Nak saya ‘spill’ satu satu ke?"


Bukan itu sahaja, difahamkan Natasha juga berhubung dengan suami wanita yang didakwa mempunyai hubungan dengan Andika.

"Suami perempuan tu pun tak menafikan kecurangan tersebut, nak nafikan apa lagi?"

Natasha menerusi pendedahannya sebelum ini mendakwa bekas suaminya itu pernah berlaku curang bersama staf mereka dan juga seorang wanita berstatus isteri orang.

Terdahulu, desas-desus yang mengatakan mereka sudah bercerai akhirnya terjawab apabila Natasha dan bekas suaminya dilihat hadir bersama ke mahkamah dan kemudian memaklumkan perkara tersebut di media sosial.

Sebelum itu, meskipun tidak menyatakan secara terperinci tentang status perhubungan mereka namun rata-rata warganet mendakwa pasangan itu telah berpisah selepas jarang dilihat bersama.

Untuk info, selama empat tahun mendirikan rumah tangga, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang bernama Alisha Puteri.


Sumber: OhBulan


Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My 

Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote laksmanabentan 23-7-2024 09:12 PM
da cerai pun kann... anggap jer la takde jodoh and move on...
Quote Kakashial 23-7-2024 09:24 PM
Kenapa kaka rasa ni content je? Org mcm dorg ni  kisah dgn bad publicity. Dika buldog tu kan ajar marketing. Ex bini keluar produk baru gak.
Seblm ni elok je diam tiba2 lps kes AH dgn AT meletop dorg pun nak copy modus operandi.
Quote lolipopmanish 23-7-2024 09:25 PM
2-2 ni iols tak kenalllll
Quote Nurul8001 23-7-2024 09:30 PM
Kakashial replied at 23-7-2024 09:24 PM
Kenapa kaka rasa ni content je? Org mcm dorg ni  kisah dgn bad publicity. Dika buldog tu kan ajar ma ...

Heran kan?
Sebelum ni, takde cerita apa2 pun.
Cerai pun dah lama demer ni.
Tup2, time2 ni lah, nak acah2 spill tea.
Apa product demer ni
Nak block sesiap
Quote sharlenetexas 23-7-2024 09:48 PM
Who ayussss?


Quote Mademoisellee 23-7-2024 09:52 PM
Tak faham asal tiba2 nak spill. Apa yg triggered minah ni? Haritu kemain aman2 je cerai, tiba2 nak follow trend dok spill spill
Quote Kurex 23-7-2024 09:54 PM
yakin ke yg prang ketiga tu pompuan..
Quote Kakashial 23-7-2024 10:11 PM
Nurul8001 replied at 23-7-2024 09:30 PM
Heran kan?
Sebelum ni, takde cerita apa2 pun.
Cerai pun dah lama demer ni.

Perfume kalau x salah.

Baru search psl 2 ketol ni kat tt. Oiii masa cerai kemain acah cerai secara damai. Tetiba nak spill tea. Bulldog tu katanya dikenali dengan tread mark "pegi mampos" dengan netizen yg komen bbukan pasal apa influencer buat. And dia ajar influencer kena buat apa je yg mendtgkn hasil. So kaka yakin ini content
Quote Hoola 23-7-2024 10:30 PM
dh kish rtngga retis
rtngga inflencer plak bersepahhhh

semakkkkkkkkkk
Quote tulip-rain-2 23-7-2024 10:48 PM
Ni lagi entah siape entah. Pempengaruh jugak.
Quote adeqbun 23-7-2024 11:08 PM
Sape nihhhhhhhh
Quote christmaseve 23-7-2024 11:37 PM
Jijik la sume yg title influencer ni. Tah spe2 yg bg korang title tu. Selfclaim influencer,motivator,sifu. Kalau ilmu/pengalaman/pencapaian tak tinggi mana, tolong la duduk diam2 g carik keje elok2. Buat malu je
Quote prettygood 23-7-2024 11:48 PM
motif ko ttbe sebar aib laki ko? and ko sape utk rakyat msia
Quote Glass_shoes 24-7-2024 01:48 AM
lolipopmanish replied at 23-7-2024 09:25 PM
2-2 ni iols tak kenalllll

leluhur konoha ke..semua nama mcm leluhur
Quote anony-mous 24-7-2024 01:54 AM
Kakashial replied at 23-7-2024 09:24 PM
Kenapa kaka rasa ni content je? Org mcm dorg ni  kisah dgn bad publicity. Dika buldog tu kan ajar ma ...

X terfikir plak iols. Rasanya betul la tu. aritu elok je cerai. Klau nk spill pape, spill la sblm kes cerai tu setel. Spill once n for all. Xpyh skit2 mcm ni n dah berbulan habis baru nk spill konon nya. Rasanya dika xde usik pape. So betul la tu utk marketing
Quote Nsymhmd 24-7-2024 02:29 AM
Alamak..
Quote lilacomot 24-7-2024 03:37 AM
Sape la yg dok follow depa ni...xmenarik pun utk d lihat
Quote naina 24-7-2024 06:54 AM
Glass_shoes replied at 24-7-2024 01:48 AM
leluhur konoha ke..semua nama mcm leluhur

Perempuan ni Indon Acheh. Dengar dia cakap pun pelat Indon ada lagi.
Quote lee_sakura 24-7-2024 07:37 AM
Kakashial replied at 23-7-2024 09:24 PM
Kenapa kaka rasa ni content je? Org mcm dorg ni  kisah dgn bad publicity. Dika buldog tu kan ajar ma ...

aah MO hampir sama ni...dh kecoh2 tetibe kluar produk... balik acheh je la tasha, dok kampong dediam sambil menikmati alam semula jadi...

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:48 AM GMT+8 , Processed in 0.050342 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top