CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Bunga Citra Lestari Enggan Ulas Isu Suami Seleweng Duit Syarikat RM1.7 Juta – ‘Boleh Tanya Sendiri Tuan Badan’

23-7-2024 09:01 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 29566| Komen: 0


Penyanyi terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari enggan mengulas lanjut mengenai isu membabitkan suaminya, Tiko Aryawardhana yang ditahan polis berhubung dakwaan kes penyelewengan wang syarikat.

Ketika ditemui OhBulan!, Bunga berkata, dia menghormati suaminya dan meminta semua pihak untuk menunggu kenyataan daripada Tiko.

"Boleh tak kalau saya tidak mahu ulas mengenai isu tersebut, sebaliknya ditanyakan sendiri kepada tuan badan dan biar dia yang keluarkan kenyataan."

Bunga berkata demikian ketika ditemui sejurus selesai konsert minggu pertama Gimme The Mic Malaysia yang diadakan di Pusat Konvensyen CIDB, Cheras, Kuala Lumpur pada Ahad.

Terdahulu, media Indonesia melaporkan Tiko telah ditahan di Balai Polis Jakarta Selatan bagi memberi keterangan mengenai kes penyelewengan wang syarikat.

Ketua Polis Metro Jakarta Selatan, AKBP Bintoro memaklumkan bahawa pihaknya sudah melaksanakan pemeriksaan lanjut terhadap Tiko.


Tiko didakwa dengan pertuduhan menggelapkan wang syarikat berjumlah RM1.7 juta yang dilakukan antara 2015 hingga 2021 oleh bekas isterinya, Arina Winarto.


Sumber: OhBulan


Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My 

Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 07:25 AM GMT+8 , Processed in 0.023114 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top