CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘4.30 Pagi Saya Akan Bangun Untuk Solat Tahajud’ – Permintaan Aaisyah Minta Che Ta Kejutkan Raih Pujian Netizen

23-7-2024 05:35 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 19905| Komen: 6


Telatah anak kepada pelakon Rozita Che Wan iaitu Aaisyah Dhia Rana sering menyorot perhatian warganet di media sosial.

Menerusi video yang di muat naik di TikTok, Aaisyah menyatakan hasrat untuk bangun beribadat pada awal pagi dan meminta Rozita untuk kejutkannya.


"4.30 pagi saya akan bangun untuk solat tahajud, kemudian pukul 7 saya akan bangun untuk pergi ke kelas."

"Boleh la mummy, nanti mummy sembur air dekat Aaisyah."

Bagaimanapun, Rozita atau mesra disapa Che Ta meluahkan rasa bimbang kerana menurutnya Aaisyah perlukan tidur yang cukup untuk bangun awal pagi.

"Tak payahlah Aaisyah, mummy susah nak kejut. Siang tu bagi cukup dulu. Tapi sekarang Aaisyah tidur lambat, macam mana nak bangun pukul 4.30?"


"Cita-cita memang setinggi Gunung Himalaya, nak bangun pukul 4 pagi. Katil runtuh pun belum tentu dia bangun."

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji semangat Aaisyah untuk beribadah meskipun masih lagi kanak-kanak selain mendoakannya menjadi anak yang solehah.

"Masya-Allah sukanya dengar dia cakap nak tahajud.

"Ini baru permulaan untuk kebaikan berjaga malam, semangat Aaisyah! Kami sokong."

"Anak yang bijak, semoga menjadi anak yang solehah."

"Alhamdulillah, semoga Allah tunaikan hajat Aaisyah untuk solat tahajud."

"Bagus Aaisyah nak bangun tahajud, anak mak cik suruh kejutkan bangun subuh pun mak cik dah bersyukur sangat."



Sumber: OhBulan


Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My 

Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote orkid_amani 23-7-2024 05:42 PM
Kejap jaa kn dah 10y Aisya ni..crpat beetoiiii masa berlalu
Quote alesandra 23-7-2024 06:48 PM
Nekta nak citer dia solat tahajud la kann.yg ecah tu nak ngikut dia.
Quote makneng 23-7-2024 07:09 PM
Harap2 solat fardu tak tinggal ya dek Ecah. Jangan ikut perangai makcik kepamoks hanis haizi tu..ye dek ye. She buat tahajud jek. Solat2 fardhu buat tak tahu. Kuku she semedang cutex . Jang buat mcm makcik kepammoks ya. Ingat tu!
Quote Diamondmoney 23-7-2024 07:12 PM
Org kalau buat tahajut takde heboh nk bgtau satu dunia. Itu rahsia ko dgn Pencipta ko
Quote Neno90 23-7-2024 08:27 PM
makneng: Harap2 solat fardu tak tinggal ...


Yg ni gone case dah sis. Kepammoks ni  
Quote mind_space 23-7-2024 09:31 PM
Diamondmoney replied at 23-7-2024 07:12 PM
Org kalau buat tahajut takde heboh nk bgtau satu dunia. Itu rahsia ko dgn Pencipta ko

Ya kan ?

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 10:07 AM GMT+8 , Processed in 0.248671 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top