CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Demi Konten Sanggup Canang Aib, Allah Dah Tolong Tutup’ – Netizen Kurang Senang Shuib Buka Pekung Pernah ‘Main Mesin’

23-7-2024 05:19 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 21096| Komen: 21



Segelintir netizen meluahkan rasa kurang senang, susulan pengakuan pelawak, Shuib tentang dirinya yang gemar bermain permainan judi suatu ketika dahulu.

Pendedahan tersebut telah menimbulkan pelbagai respon daripada warganet di platform X yang rata-rata berpendapat Shuib tidak sepatutnya mendedahkannya.


"Elok-elok orang ramai tak tahu, sekarang dah tahu dia pernah main mesin. Ingatkan benda tu dia saja je buat lawak dulu, rupanya betul. Sepatutnya benda-benda aib macam ini tak perlu diceritakan atau dikongsikan, lagi-lagi secara terbuka macam ini."


Menerusi ruangan komen pada ciapan berkenaan, warganet berkata tindakan pelawak berusia 39 tahun itu adalah tidak wajar apatah lagi dijadikan konten untuk meraih perhatian ramai.

"Demi konten sanggup canang aib, Allah dah tolong tutup tapi dengan bangga dedah aib. Podcast bukan untuk semua."

"Orang nak buat podcast, dia nak buat podcast lepas tu jaja dosa sendiri."

"Berlumba nak kejar views sampai sanggup tunggang aib masing-masing."

"Podcast memang kena cerita pasal aib ke? Sebab banyak kali dah tengok, sembang buka pekung sendiri. Pelik-pelik la sekarang ni."

Bagaimanapun, ada juga warganet berpendapat bahawa pengakuan tersebut mungkin hanyalah sekadar perkongsian dan Shuib mahu menjadikan kisah lalunya itu sebagai pengajaran buat penonton.

Terdahulu, menerusi Dol’s Podcast yang dikendalikannya bersama Shuk Sahar dan Fizie, Shuib memaklumkan dia begitu ketagih untuk bermain permainan tersebut sehingga sanggup membayar wang sebanyak RM150 untuk satu pusingan malah pernah kerugian puluhan ribu ringgit.

Sumber: OhBulan

Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My 

Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MisXoXo 23-7-2024 07:13 PM
Kalau kowang tgk sudut negative..jd negative.if tgk sudut positive dptlah positive.mngkn x bermanafaat kat setengah org tp mngkin terkesan kt org lain.jadi dengar dgn berlapang dada sudahlah.
Quote sfrnna 23-7-2024 09:23 PM
Dia main bila jd retis ke.. x rasa before jd retis ada duit byk tu.. patutla boleh jd proxy.. connection Dr sini rupanya..done speku..
Quote caca_eric 23-7-2024 09:39 PM
Laki bini bukak aib sana sini
Tak heran la dia sanggup cuci duit si scammer tu
Mampus la hdup kau
Quote Joysparta 23-7-2024 09:50 PM
Yg kuban2 je ko eib.

Hat bini bukak cite operate idung 6 kali. Berlawan2 laki bini
Quote laqoyah 23-7-2024 10:01 PM
Tak bayor KWSP staff ko tak nak buat konten khas pulekk
Quote manop 23-7-2024 10:12 PM
MisXoXo replied at 23-7-2024 07:13 PM
Kalau kowang tgk sudut negative..jd negative.if tgk sudut positive dptlah positive.mngkn x bermanafa ...

terkesan apanya.. you mess up with kifarah...mendapatlah. jahat baik semua pilihan sendiri apa yg ko harapkan? allah kasi akal (utk berpikir) tapi nak dipuji2 minta belas kasihan?

lambertt lagi dek!
Quote aemon 23-7-2024 10:16 PM
Budak kelas kemahiran hidup mmg x fikir pjg
Quote Nizleen86 24-7-2024 12:04 AM
Apa la perasaan mak ayah bini dia bila menantu bukak pekung kaki judi. Menyesal ke tak eh bagi anak dia kawen duda acah2 jutawan ni? Dah la sepanjang hidup asik cerita tak elok je keluar. Tak byr gaji lah, epf lah, sangkut lhdn lagi.
Quote tahanie 24-7-2024 02:41 AM
Kalau tengok lawak sepahtu dulu-dulu memang diorang saling membahan pasal ni
Quote anony-mous 24-7-2024 08:01 AM
tahanie replied at 24-7-2024 02:41 AM
Kalau tengok lawak sepahtu dulu-dulu memang diorang saling membahan pasal ni

Ingatkan sekadar lawak. Sbb tbh jarang i jumpa org melayu islam main mesin. Tikam no mgkin ada, ni mcm dah biasa main mesin. No wonder muka kelam mcm xde nur, dan jenis xkisah mkn duit punca entah dari mana.

I cuma terfikir arwah ct sarah, masa dgn soeb dlu, nmpk soeb ni mcm baik, bila arwah xde dgn imej n nama baik tu arwah bawa. Terus nmpk perangai sbenar soeb. Kwn2 pon bertukar.
Quote mekfazura 24-7-2024 08:55 AM
NI KES SAJA UP NAMA LEPAS EDISI SIASAT TULAR KES DIA TAK BAYAR GAJI PEKERJA... CARI PERHATIANLAH NI... EX UMMAH MARHAEN BANI B40
Quote BungaSuri 24-7-2024 09:39 AM
hidup ni pilihan. apa yang kita nak cerita pada umum juga kita yang tentukan
Quote prince_marhaen 24-7-2024 10:13 AM
what do you expect dengan badut bodoh boneka buah kana ni? host podcast pun syuk kepam kotey tak basuh dengan fizi kantoi tayang kotey berkerak kan??? so? no wonder lah...
Quote cycra 24-7-2024 10:54 AM
Muka pun memang muka main mesin,.,..
Quote Minami2013 24-7-2024 11:40 AM
CARI MAL ni tk check ke.. ade 2 thread topik yg sama kat bodgos. Ke sejenis lembam tk boleh nk fikir boleh combine je topic ni
Quote manop 25-7-2024 06:26 AM
caca_eric replied at 23-7-2024 09:39 PM
Laki bini bukak aib sana sini
Tak heran la dia sanggup cuci duit si scammer tu
Mampus la hdup kau

nama busok kes kwsp jgn lupa yach....ambik scammer demi nak laku kan franchise teh manis leting ...show off sane sini padahal?
Quote cmf_premierleag 25-7-2024 07:40 AM
Tgk muka pun dah tau soeb ni bodoh mmg bdk kelas belakang..bukak aib sendiri demi content..bodohhhhh
Quote Normiang-Baru 25-7-2024 09:38 PM
Kwsp..kwsp..
Quote Nurdianah 25-7-2024 09:53 PM
Orang nak buat podcast, dia nak buat podcast lepas tu jaja dosa sendiri.






Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 08:58 AM GMT+8 , Processed in 0.217355 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top