CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ciplak Logo? Kieda Crepe Mohon Maaf Guna Logo Elephant Army Tanpa Kebenaran – ‘Kami Tanggung Rugi, Kami Tak Makan Duit Haram’

23-7-2024 05:13 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 20646| Komen: 18



Pempengaruh dan usahawan, Khalieda Yusra atau lebih dikenali sebagai Kieda Crepe sekali lagi menjadi bualan hangat netizen di media sosial susulan menggunakan logo hak cipta orang lain pada t-shirt mereka tanpa kebenaran.

Difahamkan, logo yang digunakan Kieda Crepe adalah logo Elephant Army yang merupakan penyokong pasukan bola sepak Pahang iaitu Ultras Pahang.


Menerusi perkongsian di Instagram, Kieda memaklumkan t-shirt yang dicetak khas untuk jelajah Pahang Kieda Crepe telah terjual sebanyak 90 helai dan hanya berbaki 60 helai sahaja.

Pihak Elephant Army kemudian mengeluarkan kenyataan berkenaan isu tersebut dan memaklumkan logo itu telah pun didaftarkan sejak tahun 2018.

Selepas ditegur netizen berhubung penyalahgunaan hak cipta orang lain, suami kepada Kieda iaitu Hilmi Zaki akhirnya membuat permohonan maaf dan akui tidak tahu bahawa logo tersebut telah didaftarkan.

"Takda rezeki Hilmi Zaki (suami) untuk baju Pahang. Tapi no worries, Amy buat design baru untuk orang Pahang ye? Terima kasih semua yang support dan bekerjasama dengan baik."

"Refund baju semula kepada kami, kami tanggung rugi. Kami tak makan duit haram , kami untung sikit tapi kenangan tu yang besar untuk kami. Its okay, pengalaman dan pengajaran."

Difahamkan, pihak Kieda Crepe juga telah menghubungi pihak Elephant Army dan ianya telah diselesaikan secara baik.



Sumber: OhBulan

Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My 

Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote manehnya 23-7-2024 05:20 PM
tu la bila budak kelas belakang ada duit jd cam ni aa
Quote prettygood 23-7-2024 07:07 PM
Kieda tolongla stop buat jersey, tktau npe sis yg malu
Quote makneng 23-7-2024 07:10 PM
Woi cari mal, sape betina ni? Retis ke?
Quote jihah_kudat 23-7-2024 07:11 PM
lepas satu-satu bende salah org detect mohon kieda muhasabah diri.. tengah preknen kan buat perangai elok2 sikit..
Quote Ai_kiu 23-7-2024 07:22 PM
Salah board laaaa!!!!!!! Momod mana momod
Ni retiskah?
Quote sapeka 23-7-2024 07:27 PM
Retis?
Rasanya tak
Influencer kah?
Quote laksmanabentan 23-7-2024 08:57 PM
tak habis2 ler minah nih....
Quote sfrnna 23-7-2024 09:27 PM
Semua news minah ni takderr yg baik...ada je cubaan upkan diri.  Siapala acik2 yg beli tu.
Quote jihyomelly 23-7-2024 09:28 PM
retis ka kieda ni?
Quote sharlenetexas 23-7-2024 09:49 PM
Contenttt


Quote Prickford 23-7-2024 10:07 PM
Antara usahawan yg bodoh peghak.
Quote stompuper79 23-7-2024 10:41 PM
jual crepe je la..sibuk nk jual bnda lain.
Quote tulip-rain-2 23-7-2024 10:46 PM
Ni pempengaruh mana pulak ni? Kalah retis dah gosip psl diorang ni. Eh ni bkn retis salah bod ni.
Quote Hoola 23-7-2024 10:48 PM
semakkkkk!!!!!!
Quote alieyrina 24-7-2024 01:20 AM
Tamak betui laki bini ni. Tu la pentingnya ilmu pengetahuan
Quote Nsymhmd 24-7-2024 02:32 AM
Aduhhhhh semoga dipermudahkan semuanya..amin
Quote marchikobonzo 24-7-2024 10:54 AM
Mendee la dok bukak kat bod retis ni weiii
Quote Minami2013 24-7-2024 11:39 AM
CARI MAL & CARI HBZ tk check ke.. ade 2 thread topik yg sama kat bodgos.

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 10:02 AM GMT+8 , Processed in 0.184198 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top