Bekas suami kepada penyanyi, Adira Suhaimi iaitu Datuk Red mencuri perhatian sewaktu membuat siaran langsung di TikTok bersama bekas isteri keduanya itu, baru-baru ini. Menerusi potongan video yang dimuat naik @rozieyanti, Datuk Red yang memakai baju berona putih memaklumkan bahawa dia dan Adira sudah kembali ‘menjalinkan hubungan cinta’. Dakwa Datuk Red yang melompat keriangan, hubungan percintaannya bersama Adira sudah pun memasuki hari yang kelima. "Saya nak cakap, hari ini hari kelima kami couple." Pengumuman mengejut yang dibuat pemilik nama Datuk Seri Adnan Abu ini juga telah membuatkan Adira yang sedang duduk di kerusi ketawa terbahak-bahak.
Imbas kembali, Datuk Red dan Adia mendirikan rumah tangga di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015. Walau bagaimanapun, mereka kemudiannya mengambil keputusan untuk berpisah secara baik dah sah bercerai talak satu pada 24 April lalu. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Anggrek, 6, Asan, 5, Anggun, 4, dan Ayob yang kini berusia setahun. Sumber: OhBulan Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1 Whatsapp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029Vacxp9d9MF91QzmmW60X |
MisXoXo replied at 23-7-2024 07:15 PM
Menyampah tgk..aku xsokomg scammer.meluat
asfaz replied at 23-7-2024 07:46 PM
Geli geleman. Kawin aje la terus. Kejadah nak bercinta bagai. Lama lagi tu nak tggu Aidilfitri. Deep ...
adeqbun replied at 23-7-2024 07:47 PM
Adira pk agaknye sape je nak kat die yg dh beranak pinak tu..ntahlah..smoga tidak pisang berbuah 5 k ...
ADVERTISEMENT