Pelakon Josiah Hogan berkata dia sedia melepaskan status kerakyatan negara kelahirannya, Amerika Syarikat (AS) bagi meneruskan proses permohonan untuk mendapatkan kewarganegaraan Malaysia. Memetik BH Online, Josiah berkata dia mengambil keputusan itu kerana mahu ketiga-tiga anaknya membesar dalam suasana Islam di Malaysia serta merasakan lebih selamat. “Pertamanya, saya memilih untuk mendapatkan kewarganegaraan Malaysia disebabkan memang menetap di sini dan berkahwin dengan orang tempatan. Saya buat semua ini juga kerana memikirkan masa depan anak-anak. “Majoriti penduduk di Malaysia adalah orang Islam dan kita ada Raja yang menjadi simbol kepada agama di negara ini. “Selain itu, saya rasa lebih selamat apabila anak-anak dibesarkan di Malaysia kerana mereka berada dalam persekitaran Islam,” katanya. Sementara itu, pelakon berusia 38 tahun itu berkata dia sudah melalui proses mendapatkan warga negara Malaysia sejak empat tahun lalu dan kini dalam fasa akhir selepas mengemukakan permohonan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Putrajaya.
“Semasa mengemukakan permohonan, saya ditanya apa yang boleh saya tawarkan sekiranya diterima sebagai warga negara dan saya jelaskan bekerja dalam industri kreatif tanah air. “Sebenarnyam saya sudah berniat memohon kerakyatan Malaysia sejak 2019 selepas disarankan oleh bapa angkat, namun perkara ini tertangguh disebabkan pandemik COVID-19,” katanya. Tambah Josiah lagi, dia perlu membayar AS$5,000 atau RM23,000 kepada negara kelahirannya itu bagi melepaskan kewarganegaraan AS. Untuk rekod, Josiah berkahwin dengan Nurul Hidayu Mohamed Nordin pada Mei 2013 dan dikurniakan tiga cahaya mata. SUMBER: BH Online/Rotikaya |
imransulaiman replied at 23-7-2024 09:45 AM
Ada gambar lain yang menunjukkan anak dia 4 orang. Yang sulung tu anak dengan 1st wife. Tapi kenapa ...
prettyuglybabe: muslim malaysia nijam lagi urb ...
Hoola: achik suka lakonan abam josiah ...
watachiwa replied at 23-7-2024 09:56 AM
tak kot. sbb dia mcm x convert kan walaupun mak dia bawak dia dr kecik duk mesia
asamfish replied at 23-7-2024 01:49 PM
elok la buang us citizenship tu....kalau tak sampai ke lubang cacing irs dok kejar utk tax yang sgt2 ...
heythere123 replied at 23-7-2024 02:18 PM
tapi kalau income derived from Malaysia, US punya IRS boleh kejar lagi ke?
ADVERTISEMENT