CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Pernah Bergelar Tahi Judi, Dikepung Gangster’ - Shuib "Buka Pekung" Sebagai Pengajaran Buat Semua

22-7-2024 10:42 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 38166| Komen: 174



BUKA pekung sebagai pengajaran, pelawak Shuib mendedahkan pernah terjebak aktiviti perjudian sehingga mengalami ketagihan.

Jelas Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 40, dia pernah dikepung ahli kongsi gelap selepas memenangi wang taruhan sebanyak RM68,000.

“Masa itu aku main dan menang RM68,000. Bila sudah menang tiba-tiba tuan kedai macam tidak mahu bagi aku duit seolah-olah anggap aku menipu.


“Dia siap hubungi gangster datang ke kedai, ada dalam enam orang. Sampai sahaja mereka terus panggil ke bilik belakang tanya macam-macam perkara.

“Bila aku dengar sahaja dia cakap macam itu terus aku balas ‘Kalau abang dah cakap macam itu maksudnya abang memang tidak mahu bagi duit ini. Tak mengapalah, saya gerak’,” katanya dalam sebuah audio siar (podcast).

Sejak kejadian tersebut, pelawak dan usahawan itu bertekad meninggalkan dunia kotor selain sanggup mendedahkan kerugian apabila bergelar tahi judi.


“Lillahitaala, aku cakap pada diri aku ini adalah kali terakhir aku main judi dan memang aku dah tak main lepas itu.


“Banyak duit sudah aku habiskan untuk main berjudi dan aku pernah ‘bet’ (bertaruh) RM150 setiap pusingan.

“Dalam satu minit sebenarnya permainan itu boleh main sebanyak tiga atau empat pusingan. Jadi, bayangkan berapa ratus ringgit boleh dihabiskan dalam masa seminit?

“Bila aku main dulu, banyak dah aku rugi sampai tidak terkira berapa jumlahnya. Aku dulu punyalah tidak ada duit, sampai kering langsung,” ujarnya.

Menurut bapa kepada empat anak itu lagi, selepas sedar kekhilafan diri kehidupannya lebih tenang sekali gus mampu menabung.


“Perbezaannya masya-Allah, Allah nak bagi. Kadang-kadang aku rasa kau berjudi kau rasa puas, bila kau menang kau gempak.


“Namun, kehidupan kau masih susah. Bila aku berhenti, duit bukan kata boleh simpan, malah semakin banyak,” ujarnya lagi.

Shuib mendedahkan perkara tersebut dalam Dol’s Podacast yang dikendalikan diirnya bersama Shuk Sahar dan Fizie Roslan.

Sebelum ini, isterinya Watie Hanifiah turut mendedahkan pernah menjalani pembedahan kosmetik pada bahagian hidung sebanyak enam kali gara-gara diejek sejak di bangku sekolah.

Sumber: Hibglam

Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My 

Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote christmaseve 22-7-2024 11:24 PM
Dosa yg dibuat di malam hari, esok pagi nya jgn heboh ke org. Sebab Allah lah yg tutup aib perbuatan seseorang tu. Tinggal nk taubat je sbb Allah bagi peluang lg untuk hidup esoknya tu.
Ini bukan dosa malam td, ni dosa bertahun2 dulu cite pulak skrg.
Jgn ckp nk bg pengajaran ke ape la. Confirm kalau lahir Islam, sume dah sedia maklum. Xperlu pn pengajaran dr kau.
Jgnlah normalize kn bukak pekong org n pekong sendiri. Malu lah sikit
Quote Mary_jane 22-7-2024 11:30 PM
Sanggup eh jaja buruk sendiri demi content.

Patut lah record tak clean dengan isu cuci & gaji pekerja yang masih tak settle2 lagi.
Quote hyie 22-7-2024 11:48 PM
simpan sendiri je sudah
Quote SANKURIANG 23-7-2024 12:01 AM
Mary_jane replied at 22-7-2024 11:30 PM
Sanggup eh jaja buruk sendiri demi content.

Patut lah record tak clean dengan isu cuci & gaji peker ...

Tadi terbaca di ES kata staff BBee masih tertunggak gaji mereka. Staff kata Boss asyik "tekan mesin". Maknanya judi la kan?. Kalau dah taik judi...paham2 aja la. BBee tu rupanya KKmart ada share...soeb duta KKmart...pusing2 kat situ jugak...
Quote slyfynx 23-7-2024 12:04 AM
Ko dah la x hensem, body x lawa, bakat x bape ade, penipu.
ni nk tmbh lak taik judi.
ko igt ko leh laku ke ngn ciri2 badboy tu.
Diulang, ko x hensem
Quote Daftpunk_shine 23-7-2024 12:06 AM
Aduhh. Awkward nye podcast cenggini. Knowing that topik borak pun pasal dosa silam. Yg bini topik Operate hidung,yg laik topik berjudi. Boleh gelak2 lagi.
Quote BlackpingU 23-7-2024 12:08 AM
Gigih lakibini ni nak naikkan nama yg dah sendu

Ko tak nak citer pasal kwn ko addy kanna tu? Kan lakibini scammers tu BFF bini ko
Quote BlackpingU 23-7-2024 12:12 AM
SANKURIANG replied at 23-7-2024 12:01 AM
Tadi terbaca di ES kata staff BBee masih tertunggak gaji mereka. Staff kata Boss asyik "tekan mesi ...

Bukan kwsp jer yg tertunggak

Haritu tak silap porumer aemon kata soeb masih hutang lhdn n kena sekatan perjalanan... sbb tu coti2 malaysia jer
Quote swimswim 23-7-2024 12:16 AM
Sorry to say, kalau dah start judi, mmg susah nak berhenti melainkan buat taubat nasuha. Kalau cerita2 mcm ni, rasa ego tebal sbb nk ckp ko berani buat dosa
Quote acik79 23-7-2024 12:48 AM
Tak yah cerita la benda2 macam ni…
Quote OyaTonggek 23-7-2024 02:34 AM
yg bini gigih citer pasal hidung x ori, yg laki pun ngikut jugak nk jd terlebih jujur bukak aib sendiri...dua2 bangang
Quote kenanga00 23-7-2024 03:03 AM
Cerita details mcm tak ada rasa malu buat Dosa.
Quote anony-mous 23-7-2024 03:33 AM
Kdg2 xbaik judge org tgk muka, tp rupa soeb ni mmg mcm xde Nur, kelam gelap gitu
Quote Nenekjiwang 23-7-2024 03:56 AM
Konon2 cool la bukak cerita lama cmni..buat org pandang negative je..simpan je la sendiri..
Quote stompuper79 23-7-2024 05:51 AM
whats with the world nowadays, sikit2 podcast. content kdg..xtau apa point. mcm ni la. u better work hard and pay ur debt. apola sueb.
Quote Hoola 23-7-2024 06:07 AM
podcast...ermmmmmm
dh tpt luah sebar aib diri sndiri ke

urghhhh
bodo2 org skrg
Quote bambimo 23-7-2024 06:09 AM
Edited by bambimo at 23-7-2024 06:13 AM

Patut la berjodohan kedua2nya...sekufu
Quote shernazz 23-7-2024 07:01 AM
Demi konten
Tapi tak pikir maruah anak..
Maruah diri tu.mmg takde dah
Tapi anak tu ada air muka...kalau dah beso baca bapak taik.judi..tak ke malu depa
Quote bulalof 23-7-2024 07:04 AM
duit business pun dari sumber yg boleh dipertikaikan.

Lihat semua komen(174)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:04 AM GMT+8 , Processed in 0.080182 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top