CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dua polis trafik Perlis ditahan, peras ugut, pukul warga Bangladesh

20-7-2024 03:23 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 88946| Komen: 26


Kangar: Dua anggota trafik Perlis direman selama tiga hari hingga Isnin bagi membantu siasatan kes pemerasan dan mengasari seorang lelaki warga Bangladesh semalam.

Perintah reman terhadap suspek berusia awal 30-an berpangkat Koperal itu dikeluarkan Majistret Mahkamah Kangar Ana Rozana Mohd Nor selepas dibawa ke mahkamah hari ini.

Ketua Polis Perlis, Datuk Muhammad Abdul Halim ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu.

"Buat masa ini, kes ini masih dalam siasatan mengikut Seksyen 384 dan Seksyen 323 kerana dipercayai memeras ugut dan memukul warga Bangladesh.

"Kejadian itu dipercayai berlaku di kawasan sekitar Arau semalam dan suspek ditahan di balai polis semalam selepas polis menerima laporan daripada mangsa," katanya.

Katanya, mangsa dipercayai dipukul dan diperas ugut oleh suspek dan wang yang dipercayai diterima daripada peras ugut itu sebanyak RM700.


"Kita masih menunggu laporan penuh perubatan daripada doktor untuk mengetahui tahap kecederaan dialami lelaki Bangladesh itu selepas dipercayai dipukul kedua-dua suspek itu.

"Dalam hal ini, kita tidak akan sesekali melindungi anggota mahupun pegawai polis yang bertindak menyalahi undang-undang dengan tindakan tatatertib akan diambil sekiranya mereka didapati bersalah," katanya.


Sumber: Harian Metro



Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My 

Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sesuatu… 20-7-2024 04:05 PM
Fuh sape yg buat report tu? Bangla tu pandai jgk protect human rights dia. Bgs laa
Quote kaedahnya 20-7-2024 04:10 PM
mesti majikan bangla tu suruh report
Quote Skuau 20-7-2024 04:11 PM
Edited by Skuau at 20-7-2024 05:59 PM

CINTA SAMA INI MALEZIA...kita banyak buat salah sini negara...tada tangkap...u Malezia buat salah sama kita bangla..Kasi cipat tangkap la.Macam ini la sini law Malezia patut jalan.Hidup!  bangla!,hidup bangla,hidup bangla di bumi Malezia-Abangla
Quote JohnDeSouza 20-7-2024 05:07 PM
Sesuatu… replied at 20-7-2024 04:05 PM
Fuh sape yg buat report tu? Bangla tu pandai jgk protect human rights dia. Bgs laa

x bagus.bangla dah berlebihan di negara ini
Quote hyie 20-7-2024 05:12 PM
orang mesia memang tak hormat orang bangla pun. Lagi nak sembang filistin bagai. Yihhh cam taik sangat
Quote clueless_gamer 20-7-2024 05:24 PM
org msia ni hormat semua bangsa by default.. bersyarat sampailah diorang mula tunjuk belang dulu, ade je bangla ni pun selalu je kacau awek dkt kilang tu.. geng rohingya dulu pun ramai je ikut turun demo masa dia kena ganyang dulu.. sampailah diorang mula tunjuk belang.. kita pun tarik balik lah kesian tu.. fair and square
Quote Decaffeinated 20-7-2024 05:56 PM
Polis trafik dengan abangla ibarat aur dengan tebing.

Quote miss_white 20-7-2024 07:54 PM
Abih nk layan bangla lemah gemalai

Quote silance 21-7-2024 12:11 PM
Tingok, satu kali saya komplain, sumua mereka kena tangkap.
Quote Glass_shoes 21-7-2024 12:16 PM
Skuau replied at 20-7-2024 04:11 PM
CINTA SAMA INI MALEZIA...kita banyak buat salah sini negara...tada tangkap...u Malezia buat salah sa ...

Kalau bangla bunuh itu polis tapa..masuk pinjara saja..tada kina gantung
Quote bpbbppbp 21-7-2024 02:32 PM
Kalau makan hasil duit haram, bgi family hasil duit haram. Xpelik kalau perangai syaiton balaka. Harap bertaubat. Msih ada peluang utk brtaubat. Slalu dgr anak2 polis x mnjdi mungkin hasil duit haramm lah kot slain ktua kluarga xjdi contoh yg baik
Quote imransulaiman 21-7-2024 04:09 PM
Hanya kerana RM700...
Quote Sesuatu… 21-7-2024 07:52 PM
JohnDeSouza replied at 20-7-2024 05:07 PM
x bagus.bangla dah berlebihan di negara ini

Sbb pulis yg memeras begini la makin ramai mrk ni. Instead of tgkp, dia peras ugut. Mintak duit then lepas. And the cycle goes on….
Quote sabundettol 21-7-2024 11:50 PM
Hr hari polis problem, apa underpaid and overworked sgt kah
Quote sabundettol 21-7-2024 11:50 PM
imransulaiman replied at 21-7-2024 04:09 PM
Hanya kerana RM700...

Member aku kene bg suapan RM 20 kot, sebab elak saman traffic. So asalkan duit..
Quote green~tea 22-7-2024 08:28 AM
8 rakyat perlis.. 2 kena tahan, tinggal lagi 6...

Quote liton 22-7-2024 08:44 AM
Sesuatu… replied at 21-7-2024 07:52 PM
Sbb pulis yg memeras begini la makin ramai mrk ni. Instead of tgkp, dia peras ugut. Mintak duit th ...

Betul. Warga asing ni mesin atm pada pihak berkuasa. Sebab tu ramai pati & makin ramai yg bawa kenderaan takde lesen.
Kena tahan, minta duit. Kalau tahan org tempatan tak boleh nak "pow", kena keluarkan saman.
Quote supernaturalee 22-7-2024 11:33 AM
lemak melimpah detected!


Quote edayildiz 22-7-2024 11:44 AM
polis lagi

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 07:34 AM GMT+8 , Processed in 0.086835 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top