CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Fitri Farok Dakwa Kerap Diganggu Individu Tak Dikenali - "Banyak Komen Keterlaluan Yang Saya Dapat Seperti Gambar Lucah, Tunjuk Kemaluan"

20-7-2024 03:15 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 76646| Komen: 31



Sering diganggu individu tidak dikenali di media sosial. Inilah pengakuan pelakon Anak-Anak Mafia iaitu Fitri Farok.

Fitri, 25, yang juga seorang model berkata, permintaan mereka agak pelik antaranya meminta dia menghantar gambar tidak sepatutnya termasuk menyatakan hasrat untuk berjumpanya.

"Biasalah apabila mula dikenali, banyaklah komen dan mesej nakal yang agak keterlaluan daripada individu tidak dikenali yang saya terima.

"Bohong kalau saya cakap tak dapat mesej-mesej begitu. Kalau nak cakap saya tak perasan perkara itu memang tak logik. Tapi pilih untuk tak melayan dan tak membaca komen-komen macam itu.

"Banyak komen keterlaluan yang saya dapat seperti gambar lucah, malah ada juga yang tunjuk kemaluan dan siap ajak jumpa. Kalau teruk sangat macam itu saya akan sekat mereka dan tak akan balas. Lebih teruk, ada juga yang meminta berlebihan dan pelik iaitu mahu ke ranjang," katanya yang juga naib juara Hero Remaja 2023.



Fitri atau Muhammad Fitri Mohd Farok yang juga cucu aktres veteran, Normah Damanhuri mendakwa, pernah ditawarkan sebanyak RM100,000 oleh pelayar media sosial tidak dikenali tetapi memilih untuk mengabaikan sahaja.

"Saya pernah ditawarkan wang sebanyak RM100,000 untuk buat perkara seperti itu. Dia mesej tanya saya sama ada mahu atau tidak wang itu. Bagaimanapun, saya pilih untuk tidak layan.

"Saya sedar perkara sebegini pasti akan dilalui oleh kebanyakan anak seni, jadi saya ambil langkah berhati-hati dalam membuat sebarang hantaran di media sosial.

"Untuk hadkan ataupun tidak hantaran saya di media sosial itu semuanya bergantung kepada keadaan juga. Ada yang boleh saya kongsi dan ada juga yang tak boleh. Saya akan lebih berhati-hati dalam perkara itu," kata Fitri yang membintangi drama terbaharu terbitan Zeel Production dan bakal menjalani penggambaran tidak lama lagi.

Sumber: Harian Metro



Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My 

Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 20-7-2024 03:23 PM
Boleh suapkan komen mana yang luch luch tu?
Sebab perlukan evaluasi acik2 porem adakah benae atau hasanah
Quote Hoola 20-7-2024 03:43 PM
jntan or btina yg xde kmaluan tp tjk kmaluan tuh???
Quote anilanil 20-7-2024 04:06 PM
Setakat dm cakap nak bagi rm100k takyah nak caye sgt la dik...modal pakai data internet je bole je nak type mcm2. Nak bagi rm20 juta, villa tepi sawah, private jet, etc.
Quote Thunderclouds 20-7-2024 05:03 PM
Meh tepek sini gambaq luch/totey/kerang utk research purposes
Quote hyie 20-7-2024 05:09 PM
acik normah tu bukan mak kak km ke?
Quote AKAZ85 20-7-2024 05:36 PM
Halah3... Nak jugak mencapub komen bagi gambar kot* dan pukis
Quote goldcarrot 20-7-2024 07:33 PM
Ohhhhh cucu acik normah. Tdetik dlm hati iols td  rupa dia mcm clan itu
Quote jejaka_hensem 20-7-2024 08:02 PM
Biasa2 je nampak,cuma tinggi je
Quote Thunderclouds 20-7-2024 08:10 PM
shernazz replied at 20-7-2024 03:23 PM
Boleh suapkan komen mana yang luch luch tu?
Sebab perlukan evaluasi acik2 porem adakah benae atau ha ...

Gmbr gini kot chuols

Screenshot_20240720_195757_edit_132992691560003.jpg
Quote shernazz 20-7-2024 08:12 PM
Thunderclouds replied at 20-7-2024 08:10 PM
Gmbr gini kot chuols

Astaga
Ni luch.campur cringe
Quote ohsoyaya 20-7-2024 09:19 PM
He ada blakon dlm Hero Seorg Cinderella 2 kan? Yg jd kwn opis Ku Ean tu? I mcm ingt2 lupa
Quote imransulaiman 20-7-2024 10:27 PM
100ribu??? Hahahaha! Lawak!
Quote September14 20-7-2024 10:56 PM
Jd model je lah dikkk…
Quote kuceeng 20-7-2024 11:45 PM
Anak-anak mafia? Ala sial nye tajuk cite
Quote slyfynx 21-7-2024 12:09 AM
Tp ialah mcm x hensem je
Quote dedek12 21-7-2024 12:23 AM
Sapa dia ni
Quote ketambangkang 21-7-2024 08:43 AM
halahhh sepupu2 pompuan ko pon jenis membirah gitu jgk
Quote gideoncross 21-7-2024 09:31 AM
Hoola replied at 20-7-2024 03:43 PM
jntan or btina yg xde kmaluan tp tjk kmaluan tuh???

Buat zmn skrg, rata2 jntan gay
Quote gideoncross 21-7-2024 09:31 AM
Edited by gideoncross at 21-7-2024 09:37 AM

Cucu Normah Damanhuri, ada dlm artikel bgithu

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:13 AM GMT+8 , Processed in 0.065331 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top