Awal Julai ini hangat diperkatakan mengenai rumah tangga pelakon dan pelawak terkenal, Harith Iskander dan isterinya, Dr Jezamine Lim didakwa berdepan masalah. Malah, Dr Jezamine sudah pun memfailkan cerai terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur dan kes itu bakal disebut dalam masa terdekat. Menerusi podcast The Rakyat Post, Harith dan isterinya akhirnya tampil berkongsi mengenai perceraian mereka. Harith mengakui rumah tangga mereka bergolak berpunca daripadanya. “Keputusan ini tidak berlaku secara tiba-tiba tapi ia menjadi kecoh selepas foto Jezamine failkan perceraian tular. Saya seorang lelaki bodoh yang sudah melakukan perkara tidak sepatutnya.
“Saya tak memberi alasan mengenai itu tapi saya melakukan perkara bodoh yang ramai lelaki lakukan pada usia saya. Saya tak nak berkongsi lebih terperinci sebab kami mempunyai tiga anak yang masih muda dan merkea akan menonton ini suatu hari nanti,” katanya Sementara itu, Harith berkata keputusan untuk bercerai bukan berlaku secara mendadak sebaliknya sudah berlarutan sejak beberapa tahun lalu, namun memilih untuk berpisah secara baik kerana tidak mahu merosakkan persahabatan dibina. “Untuk ambil keputusan berpisah ini agak lama dan bukan semalam. Sudah bertahun-tahun saya buat kesilapan dan isteri saya menjalankan tugasnya dengan baik. “Kami melalui tempoh yang menyedihkan dan pergi mendapatkan kaunseling perkahwinan serta bercakap dengan kawan-kawan. Sampailah saya sedar kami lebih sesuai menjadi rakan baik dan dak mahu ia hancur disebabkan perceraian,” katanya. Dalam pada itu, Jezamine menyangkal dakwaan ramai dia memfailkan cerai pernah didera oleh Harith. “Ada juga orang tuduh dia berkasar dan mendera saya tetapi semua itu tidak betul sama sekali. Hentikan spekulasi,” katanya. Sumber: mStar Online, Rotikaya Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1 Whatsapp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029Vacxp9d9MF91QzmmW60X |
Whodunit replied at 20-7-2024 03:23 PM
“Saya tak memberi alasan mengenai itu tapi saya melakukan perkara bodoh yang ramai lelaki lakukan p ...
Whodunit: “Saya tak memberi alasan meng ...
Whodunit replied at 20-7-2024 03:23 PM
“Saya tak memberi alasan mengenai itu tapi saya melakukan perkara bodoh yang ramai lelaki lakukan p ...
makcun14 replied at 20-7-2024 04:25 PM
tengok foto foto kat thread ni pun tak nampak macam laki bini , nampak macam father daughter adalah ...
cm_vungtau replied at 20-7-2024 09:41 AM
Botak2 pun ada affair ke? Kosser. Si Jezzamine ni boleh selera pun aku tak paham inikan pulak kalau ...
_kelly replied at 20-7-2024 05:04 PM
maksudnya macam mana sis..dia tak hormat exwifey ke
goldcarrot replied at 20-7-2024 07:19 PM
Dia curang kan? Iols baca kat thread. Haihhh
missHaidiD replied at 20-7-2024 07:25 PM
Baca benang mana
Mgkin dia ni ayat manis
Whodunit replied at 20-7-2024 07:23 PM
Mcm unfaithful berkali. Tak rasa gf but one night stand or scandal. I tak abiskan video sebab tak ...
ADVERTISEMENT