CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Anak Umur 7 Tahun Jadi Imam, Syatilla Melvin Menangis Ketika Solat - “Sekadar Berkongsi, Anak Kami Dah Boleh Jadi Imam...."

19-7-2024 11:32 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 39884| Komen: 11


Pelakon Syatilla Melvin tidak dapat menahan sebak apabila anak lelakinya, Syeriv Samheizy yang baru berusia tujuh tahun menjadi imam solat mereka sekitar bulan lalu.

Menerusi perkongsian di Instagram, Syatilla ada memuat naik foto memaparkan anak lelakinya itu sedang menunaikan solat serta bangga bangga anaknya sendiri mengetuai solat mereka.


“Sekadar berkongsi, anak kami dah boleh jadi imam. Ya Allah sebak tak habis lagi bila teringat dia minta nak jadi imam saya bulan lepas.

“Mengalir air mata kita dalam sembahyang bila dengar anak kita baca bacaan dalam solat. Tak sangka sungguh, dia betul-betul boleh pimpin saya solat Maghrib dekat surau foodcourt. Saya takkan lupa surau tu sampai mati,” luahnya.

Sementara itu, Syatilla turut menjelaskan dia tidak memaksa anak lelakinya itu untuk menjadi imam namun Syeriv sendiri menawarkan diri.

“Tiada paksaan, dia sendiri mahu. Sekarang saya faham erti bangga yang sungguh bangga. Doakan Syeriv jadi anak soleh dunia akhirat, dapat jaga dan bimbing adik-adik buat kebaikan,” kongsinya.

Sumber: Rotikaya



Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My 

Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jejaka_hensem 20-7-2024 12:39 AM
Cheq sabaq sat,ada sorang lagi anak retis otw nak jadi imam umur 3 tahun,kalah anak hang.
Quote nolya 20-7-2024 12:44 AM
Bolehkah kanakkanak menjadi imam solat?  Bagaimana kefasahan anak itu membaca Al-Fatihah (tak salah makhraj dn tajwidnya).
Quote orkid_amani 20-7-2024 07:43 AM
nolya: Bolehkah kanakkanak menjadi im ...
sebab tu yg pertama skali masa nk ajar ank solat kna betulkan perbuatan dlm solat..lepas tuu baru bacaan Fatihah & tahayat akhir.  ustaz Ustazah ank aii mmg sarankan mcm tu. Bacaan lain2 dlm solat tuu pelan2 nti budak2 akn belajaq. Yg penting nk jadi imam ni dah sunat jaa
Quote chipsmoreyummy 20-7-2024 09:00 PM
Alhamdulillah
Quote ct_earn 20-7-2024 09:11 PM
Alhamdulillah.. Semoga Syeriv membesar jadi anak yg soleh..
Quote hashashes 20-7-2024 10:37 PM
Kena sunat dulu kan baru boleh jadi imam
Quote sarah_ary2 20-7-2024 11:32 PM
Anak dia dah sunat ke?
Quote dedek12 21-7-2024 12:29 AM
Comei anak sulung dia ni
Quote innocentsangat 21-7-2024 04:22 PM
Alhamdulillah.
Quote black_handbag 21-7-2024 08:38 PM
ini bini shaheizy sam tu ke.. klu gitu laki ko bila nak jadi imam pulak? pernah ke laki ko jadi imam kila oi..
Quote DARSITA 22-7-2024 01:03 PM
nolya replied at 19-7-2024 08:44 AM
Bolehkah kanakkanak menjadi imam solat?  Bagaimana kefasahan anak itu membaca Al-Fatihah (tak salah  ...



Ya betul ,,yg paling penting bacaan Al- Fatihah sebab itu bila memilih imam kena pilih diantara yang terbaik bacaannya. Dan sudah baligh.

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 07:31 AM GMT+8 , Processed in 0.029596 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top