CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Dikatakan Mirip Superman, Ramai Tak Percaya Junaid Khan Merupakan Anak Kepada Amir Khan

19-7-2024 09:20 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 27486| Komen: 25



Anak lelaki pelakon bollywood popular Aamir Khan,  Junaid Khan mempunyai aura yang berbeza dari anak bintang bollywood yang lain. Dia memainkan peranan Karsandas Mulji yang merupakan wartawan pertengahan abad ke-19 dalam Maharaj di Netflix.

Memiliki [aras rupa yang tampan sama seperti bapanya, Junaid Khan adalah bintang besar Bollywood seterusnya. Sebagai anak kepada Aamir Khan, dia enggan menerima sebarang bantuan daripada bapanya. Dengan debut nya cemerlang dalam dunia lakonan, dia menjadi bualan ramai selepas penerbitan Maharaj Netflix.

Dipetik dari Firstpost, dalam temu bual baru-baru ini, bintang berusia 31 tahun itu berkata bahawa dia banyak memerhati bagaimana bapanya belajar daripada kegagalannya.


“Dia telah melakukan ini selama 40 tahun dan hingga sekarang, dia telah melihat segala-galanya,” kata Junaid mengenai ayahnya, yang filem terakhirnya Thugs of Hindostan dan Laal Singh Chaddha mendapat sambutan hangat di box office.

Datuknya, Nasir Hussain dan Tahir Hussain, adalah pembikin filem dan penulis skrip yang terkenal. Sudah jelas bahawa dia dilahirkan dengan generasi kreatif, tetapi dia pasti tahu melakukannya dengan caranya.

Netizen juga mengatakan Junaid mirip dengan Superman lakonan Henry Cavill.  Untuk info, Junaid Khan adalah anak pertama Aamir Khan dari pernikahan dengan Reena Dutta.



Filem “Maharaj” merupakan adaptasi daripada kes mahkamah sebenar yang dibicarakan di Mahkamah Agung Bombay pada tahun 1862, dikenali sebagai Kes Maharaj Libel 1862.

Menerusi filem itu, Junaid memegang watak sebagai Karsan Das Muji, seorang wartawan akhbar muda dengan sifat ingin tahu yang mendalam sejak kecil.

Filem ini berkisar mengenai perjuangan Karsan untuk mendedahkan salah laku seorangan pemimpin agama di sebuah kuil, Jadunat Maharaj yang menjadikan gadis muda setempat sebagai pemuas nafsu syahwatnya atas dasar ‘khidmat suci’ kepada agama.


Sumber: Murai.my




Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My 

Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BoongaKertas 19-7-2024 09:40 AM
haahlah ada iras henry. helok.
Quote Thunderclouds 19-7-2024 09:51 AM
Skali.. 2x pandang. Tehtap nampak cm bangla
Quote prince_marhaen 19-7-2024 10:12 AM
...tetap bau kari ye..
sorry..kita dah ada superman bollywood awal lagi ye..


Quote lo_la 19-7-2024 10:19 AM
Hahaha.
Dah dia pun adopt cavill’s hairstyle
Quote biozipstar 19-7-2024 10:30 AM
tua dah amir khan.
Quote tokchik 19-7-2024 12:25 PM
cerita ni best
Quote Mary_jane 19-7-2024 01:02 PM
Laa dia rupanya karsan dalam Maharaj tu. Berlakon dah ala2 johan asari. Tak gamak nak habiskan.
Quote kaedahnya 19-7-2024 02:07 PM
tunang dia dalam maharaj tu lawa tapi tu laa
Quote lasagna 19-7-2024 02:13 PM
junaid khan.jpg

haaa ni muka heols masa dlm cite Maharaj.
tapi mmg putih melepak dia dlm cite ni.
tak de plak iras apaknya sgt,
mebi lebih kepada maknya ni..
Quote Ciktiekus 19-7-2024 08:05 PM
Edited by Ciktiekus at 19-7-2024 08:06 PM
kaedahnya: tunang dia dalam maharaj tu la ...

Tu la knp uoll..bebal??
Quote Sunkiss8999 20-7-2024 12:21 AM
Laaa..anak amir khan rpe nye..dalam citer maharaj tu memang hensem betul..mata cantik..gigi tersusun putih..
Quote kisahkeaku 20-7-2024 09:13 AM
nape i x nmpk henry cavill tp mcm rami malek bohemian rhapsody tuuu
Quote Cpkay 22-7-2024 01:29 PM
hensem.. baka elok ..
Quote exclusive_vvip 23-7-2024 03:22 PM
kisahkeaku replied at 20-7-2024 09:13 AM
nape i x nmpk henry cavill tp mcm rami malek bohemian rhapsody tuuu

Kannnnn
Quote putericahaya999 23-7-2024 10:38 PM
Dulu dia ningemuk
Quote A-Are 30-7-2024 12:58 PM
tetaplah hensem lagi amir khan masa muda dan kini...anak dia ni mcm muka mix mat salleh tp xberapa jadi
Quote SedihPedih 31-7-2024 12:02 PM
ada sisi tertentu aja.. tp most of the time tersasar sikit
Quote Neno90 31-7-2024 04:56 PM
Maharaj best. Anak Amir Khan rupanya hero dia
Quote marchikobonzo 15-8-2024 01:54 PM
Helok rupa

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 10:53 AM GMT+8 , Processed in 0.046923 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top