CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Kami macam abang, adik, putus sebab tak manis kawan suami orang’ - Zarina Anjoulie

19-7-2024 09:09 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 27716| Komen: 32



Enggan luahan rindu disalaherti, pelakon Zarina Anjoulie mendedahkan hubungannya dengan bekas suami kepada pelakon Nora Danish, Nedim Nazri hanya seperti adik-beradik.

Kata Zarina atau mesra dipanggil Anju, 37, mereka sudah bersahabat lama selain menjauhkan diri selepas Nedim bergelar suami aktres terbabit sebagai tanda menghormati perkahwinan rakannya itu.

“Kami dah berkawan sejak berumur 19 tahun lagi, tapi hubungan kami sekadar abang dan adik.

“Kami berhenti berkawan sebab Nedim orangnya begitu, lepas kahwin memang dia akan putus hubungan bagi menghormati isteri dia.

“Tambahan pula, saya seorang janda jadi macam tak manis kalau nak berkawan dengan suami orang,” katanya dalam hantaran di InstaStory.

Pelakon sensasi itu tampil bagi mengulas kenyataan Nora yang menyatakan tidak terkesan dengan luahan rindu Anju terhadap bekas suaminya disebabkan mereka berkawan baik.


Bahkan ibu tunggal dua anak itu juga memaklumkan tidak kisah sekiranya Anju dan Nedim mempunyai hubungan lebih dari seorang teman kerana dia sudah tiada kaitan dengan lelaki terbabit.

Menerusi hantaran sama, wanita berkenaan turut menjelaskan persahatan yang terputus kini sudah dijalin semula selepas Nedim kembali solo.

Begitupun, katanya mereka tidak mempunyai hubungan istimewa selain menyifatkan Nedim sebagai lelaki yang setia dan bukan kaki perempuan.

“Selepas dah bercerai kami berhubung semula macam abang dan adik, tapi hubungan kami tak lebih daripada itu.

“Nedim adalah seorang lelaki yang baik, dia bukan jenis yang lepas cerai sibuk nak cari perempuan.

“Kalau dia sayang satu perempuan, dia akan sayang orang itu sahaja, dan saya tahu dia sayangkan Nora, bahkan saya pun saya hormati mereka,” ujarnya.

Terdahulu, perkahwinan Nora dan Nedim yang dibina selama tujuh tahun terlerai pada 16 Jun lalu selepas masing-masing sepakat untuk bercerai.

Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Mohamed Neqayal, 6 tahun. 

Sumber: Kosmo


Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My 

Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Buritan 19-7-2024 10:47 AM
Nape aku baca gosip ni ehh..
Quote chandrahusin 19-7-2024 10:58 AM
adik angkat abg angkat mcm kat sekolah la ni
Anju & Ned
Quote riyadhK 19-7-2024 11:03 AM
Yada yada yada la lalucah
Quote kembangbunga 19-7-2024 11:44 AM
Ye ke abg adik. Hiks kalau betul xda perasaan, mesti uols boleh je terus berkawan just jaga batas sbb suami org. And kalau betul abg adik, sheols ada datang ke masa theyols nikah dulu? Kalau tak ada perasaan kat Ned, mestila uols happy sbb abg nak menikah khenn. Hiks
Quote prettyuglybabe 19-7-2024 02:13 PM
tak pernah nampak pun dia dalam dedurian group tu..
Quote brunesss 19-7-2024 03:00 PM
yang ko termisyu missyu tu apehal mengundah, what an attention seeker. dari dulu lapar perhatian demi clout
Quote sukacactus 19-7-2024 05:06 PM
So tercapai hasrat cubaan kekal relevant bila nama disebut dlm gossip
Quote edayildiz 19-7-2024 05:17 PM
euuwww
i xblh tgk lalucah ni mkn
Quote noell 19-7-2024 05:19 PM
Buritan replied at 19-7-2024 10:47 AM
Nape aku baca gosip ni ehh..

amalan membaca adalah jambatan ilmu sis
Quote SedihPedih 19-7-2024 05:23 PM
Setia ke Ned tu? Bukan ada gosip dia try2 waniter2 ke masa still married?
Quote Prickford 19-7-2024 05:36 PM
kembangbunga replied at 19-7-2024 03:44 AM
Ye ke abg adik. Hiks kalau betul xda perasaan, mesti uols boleh je terus berkawan just jaga batas sb ...

Entahnya. Propa je lebih sundel ni. Kita dah kawin pon, masih elok je berkawan dgn sahabat kita yg dah berlaki bini. Kalau dah level retis murahan sundel, cakap konar2 mcm keley.
Quote minahmanja 19-7-2024 05:47 PM
Kira nya kawan2 time clubbing la ehh..
Quote makcun14 19-7-2024 07:15 PM
sedangkan anak angkat pun boleh merampas laki kepada mak angkat, apa lagi adik angkat. macam tak cukup adik beradik kandung nak berangkat ke hulu ke hilir. last last diangkat jadi skandal
Quote Buritan 19-7-2024 07:57 PM
noell replied at 19-7-2024 05:19 PM
amalan membaca adalah jambatan ilmu sis

Ni jmbtn neraka hahaha
Quote rayna_raynes 19-7-2024 08:08 PM
Prickford replied at 19-7-2024 05:36 PM
Entahnya. Propa je lebih sundel ni. Kita dah kawin pon, masih elok je berkawan dgn sahabat kita yg ...

Tak jugak. Ada je org yang memang buang kawan lepas kahwin
Selalu yang buat gini perempuan la
Life dia jadi centric pada anak dan laki sahaja.

Macam anju ni dia kan liar, mungkin lepas kahwin nedim dan nowa dah tak clubbing/lepak mcm dulu. lagipun masa kawin dua2 ada anak yg tgh membesar, mana boleh party party dah.
anju pun lepas martin besar ni nampak kurang dia party party



Quote Kunci_Spy 19-7-2024 08:10 PM
Anju ngan naddie daa lama laa berkawan, depa daa mcm adik abg, tapi anju pun mantap gak
Quote bottombikini 19-7-2024 08:48 PM
dia nak buat ape lagi dgn wajah tu ek
addicted ke asik nak mengubah2
Quote Prickford 20-7-2024 08:30 AM
rayna_raynes replied at 19-7-2024 12:08 PM
Tak jugak. Ada je org yang memang buang kawan lepas kahwin
Selalu yang buat gini perempuan la
Life ...

Itu idok lerrr buang kawan. Itu memilih 1st priority.

Quote September14 20-7-2024 09:33 AM
Lahai perangai kau

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 07:26 AM GMT+8 , Processed in 0.031093 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top