Kuala Lumpur: Orang ramai diingatkan supaya jangan membuat spekulasi berhubung hukuman denda RM100 yang dikenakan terhadap wanita dikaitkan dengan kes buli siber terhadap pempengaruh Rajeswary Appahu atau Esha pada 16 Julai lalu. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, pertuduhan itu dibuat berdasarkan bukti-bukti yang diperoleh sewaktu siasatan dilakukan. Katanya, denda dikenakan sebanyak RM100 adalah denda maksimum bagi peruntukkan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955. "Seorang wanita dituduh di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 dan penama yang dituduh mengaku bersalah dijatuhkan hukuman denda RM100 iaitu denda maksimum. "Bukti paling kuat yang kami ada membolehkan pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 14 (Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955)," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, di sini, hari ini.
Sebelum ini, Harian Metro melaporkan seorang wanita yang dikaitkan dalam kes buli siber terhadap Esha didenda RM100 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas pertuduhan mengeluarkan kata-kata kesat. Majistret Arunjothy M Selvaraju menjatuhkan hukuman itu terhadap Shalini Periasamy, 35, selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan dihadapinya. Sumber: Harian Metro Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1 Whatsapp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029Vacxp9d9MF91QzmmW60X |
ADVERTISEMENT