CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wartawan Rasa Tiupan Angin Sejurus Telefon Nur Farah Kartini Ditemui, Tajdid Hadhari Pesan Jaga Akidah – ‘Jangan Percaya’

18-7-2024 11:18 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 37387| Komen: 28



Pendakwah dan penyampai radio Tajdid Hadhari meminta orang ramai agar tidak mudah mempercayai kejadian aneh yang berlaku sejurus selepas telefon bimbit milik Nur Farah Kartini ditemui.

Tajdid sebaliknya menasihati semua pihak untuk menjaga akidah dan tidak mempercayai perkara tahyul.

"Jangan duk percaya bukan-bukan. Jaga akidah. Hormati roh arwah."

Tajdid memberi nasihat itu menerusi komen yang ditinggalkan pada sebuah berita mengenai Nur Farah Kartini.

Sementara itu, Tajdid meminta orang ramai mendoakan agar roh ditempatkan bersama golongan beriman.

"Doakan yang baik-baik untuk arwah."

Terdahulu, seorang pengamal media yang dikenali sebagai Fareez Azman berkongsi kejadian aneh sewaktu penemuan telefon milik Allahyarhamah Nur Farah Kartini di parit sekitar ladang kelapa sawit Kampung Sri Kledang, Hulu Bernam, pada Rabu.


Katanya, sebaik selepas telefon Allahyarhamah ditemui, Fareez bersama beberapa pengamal media lain tiba-tiba merasai satu tiupan angin sedangkan sebelum itu, suasana ladang sawit berkenaan tidak berangin.


Sumber: OhBulan


Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My 

Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lanacondor 18-7-2024 11:47 PM
Mcm2 cerita keluar. Xtau la mn yg betul. Semoga arwah diampunkan dosanya Dan di tempatkan di kalangan org2 yg beriman
Quote B40tastePosh 19-7-2024 02:24 AM
Tapikan Encik Tajdid...orang Bani Israel suka cari yang aneh dan ganjil untuk ibadah.

Ini ada dalam kisah isteri  Imran yg berdoa semasa melihat kicauan burung yang aneh untuk berdoa mendapat zuriat. Maka dikurniakan Maryam Binti Imran.
Quote kemaruk 19-7-2024 02:29 AM
B40tastePosh replied at 19-7-2024 02:24 AM
Tapikan Encik Tajdid...orang Bani Israel suka cari yang aneh dan ganjil untuk ibadah.

Ini ada dalam ...

Apa yang anehnya kalau angin bertiup di tanahair malaysia ni yang sememangnya berangin setiap masa?

Lain la kalau di ruang angkasa lepas baru la pelik kalau tetibe ada angin
Quote pocongkiutss 19-7-2024 02:35 AM
kemaruk replied at 19-7-2024 02:29 AM
Apa yang anehnya kalau angin bertiup di tanahair malaysia ni yang sememangnya berangin setiap masa ...

Tau takpe
Quote B40tastePosh 19-7-2024 02:36 AM
Edited by B40tastePosh at 19-7-2024 02:42 AM
kemaruk replied at 19-7-2024 02:29 AM
Apa yang anehnya kalau angin bertiup di tanahair malaysia ni yang sememangnya berangin setiap masa ...


Maksudnya noks kalau kau rasa aneh kau berdoa je...mungkin ada malaikat lalu..ada berkatnye.

Tapi memang betul lah dia cakap banyakkan berdoa tapi kalau style Yahudi memang kalau nampak kejadian aneh dia akan berdoa....Yahudi tengok waktu / keadaan mustajab. Biasa orang Islam yg biashe2 tak tengok sangat keadaan mustajab....contoh kalau petir menyambar sepatutnye kena berdoa, tapi orang sekarang anggap biashe...gitu lah

Ni berdasarkan kisah Imran tu.
Quote B40tastePosh 19-7-2024 02:44 AM
Edited by B40tastePosh at 19-7-2024 02:53 AM
pocongkiutss replied at 19-7-2024 02:35 AM
Tau takpe


Saya tak percaya la roh tu terbang ke apa.

Tapi masa saya ke kebun kelapa sawit saya pernah jumpa ular bunyi itik yang diberi makan kerumunan burung Raja Udang.

Sama macam kisah yang orang Inggeris catat di Selangor. Daerah yang saya tinggal ni juga, peristiwa tu.

Dan saya berdoa banyak banyak masa melihat kejadian tu. Alhamdulillah semua termakbul. Di tapak ular tu diberi makan lah, masalah saya tu selesai. Sebab saya jumpa beberapa orang kat situ (privasi nak cerita, sbb masalah urusan tanah). Mmg pelik.
Quote matbad 19-7-2024 05:36 AM
B40tastePosh:  Edited by B40tastePosh at 19- ...

Wah mau ceta best bace ni
Quote None68 19-7-2024 05:39 AM
B40tastePosh replied at 19-7-2024 02:44 AM
Saya tak percaya la roh tu terbang ke apa.

Tapi masa saya ke kebun kelapa sawit saya pernah jumpa ...

Ular bunyi itik atau burung tu cobra..byk kat ladang sawit. Biasa dengar jugak sbb tu tau.
Quote None68 19-7-2024 05:40 AM
B40tastePosh replied at 19-7-2024 02:24 AM
Tapikan Encik Tajdid...orang Bani Israel suka cari yang aneh dan ganjil untuk ibadah.

Ini ada dalam ...

Betul..suka dengar citer2 mistik ni..laku suratkhabar
Quote B40tastePosh 19-7-2024 06:14 AM
None68 replied at 19-7-2024 05:39 AM
Ular bunyi itik atau burung tu cobra..byk kat ladang sawit. Biasa dengar jugak sbb tu tau.

Mulut ular tu berparuh itik..mula2 bunyi anak kucing, lepas tu dia keluar bunyi itik. Kepala dia bergerak turun naik sama macam itik/angsa, tapi dari badan, bawah  dari kepala semua ular warna hijau mmotor
Quote bottombikini 19-7-2024 06:42 AM
yg kuban2 je ampa neh
try harder
Quote naina 19-7-2024 07:16 AM
Memang petang2 berangin kuat pun skng..benda tu tak mistik pun
Kadang2 waktu panas tu tiba2 angin bertiup..aku taulah aku hari2 hantar ambik anak sekolah lalu kebun sawit..
Quote felinecat 19-7-2024 07:27 AM
Mentang2 org lawa, banyak kejadian baik plak berlaku
Quote divalaura 19-7-2024 07:28 AM
dalam ladang kelapa sawit pulak tu
normal lah tu ada angin
dan2 lah haihhhh nak buat cerita mastika bagai
Quote Ytee 19-7-2024 07:49 AM
Kita bole rasa tiupan angin..tapi kita x bole nampak apa2 secara mata kasar, so tak perlu buat andaian bukan2..
Quote monreyes 19-7-2024 07:57 AM
merepek je...tadi aku kluar g keje cuaca elok je...sebaik hasben start enjin hujan start mencurah lebat dgn angin kuat..bebudak jln kaki g skolah lencun...
Quote Decaffeinated 19-7-2024 08:08 AM
Susahlah... di satu sudut ko kata jgn percaya tahayul tapi di ketika lain ko kata kuda boleh terbang ko suruh orang percaya. Manalah ummah tak konfius.
Quote Buritan 19-7-2024 08:15 AM
Decaffeinated: Susahlah... di satu sudut ko k ...
Decaffeinated: Susahlah... di satu sudut ko k ...


Dgn jantina sendiri pun ummah konfius inikannnnn
Quote Binodino 19-7-2024 02:59 PM
Wartawan pun macam tak pernah ditiup angin pulak. Lain la salji turun ke apa. Mudah takjub betul.

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 08:07 AM GMT+8 , Processed in 0.032204 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top