CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Aishah Tanggung Derita Disihir, Enggan Terlibat Pertandingan Nyanyian Lagi – ‘Kalau Saya Nak Cerita, Dah Boleh Buat Buku Dah’

18-7-2024 11:03 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 38181| Komen: 59



Penyanyi berpengalaman, Datuk Aishah tidak menidakkan berlakunya amalan sihir-menyihir dalam kalangan artis yang menyertai pertandingan nyanyian di Malaysia.

Ketika ditemui OhBulan!, pemilik nama Wan Aishah Wan Ariffin ini memaklumkan bahawa dia juga enggan menyertai mana-mana pertandingan nyanyian lagi di Malaysia selepas ini kerana pernah menderita pelbagai penyakit daripada perbuatan sihir itu.

"Saya menderita banyak disebabkan perkara itu (sihir). Tapi itulah benda ini tak membuatkan saya masuk ICU kan? Jadi bila saya cakap pasal perkara mistik orang ramai akan cakap tak betul."

"Ada pula yang kata, ‘Alah dah kalah, terima sajalah’. Benda ini pula tak ada sijil atau bukti nak cakap betul disihir. Jadi kalau nak cerita lebih-lebih pun susah."

"Perkara ini membuatkan saya tak mahu dah masuk apa-apa pertandingan di Malaysia."

Aisyah berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada majlis sesi makan tengahari bersama media dan peminat yang diadakan di Restoran Rebung Chef Ismail, Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Tambah pelantun ‘Janji Manismu’ itu, pengalaman yang dialamainya terlalu banyak sehinggakan dia boleh untuk menghasilkan sebuah buku.

"Pada saya, saya sangat sedih bila dapat tahu macam mana benda ini terjadi tapi kalau saya nak cerita panjang-panjang pun saya dah boleh buat buku."

"Tapi itulah, tak ada siapa pula nak jemput saya buat podcast kongsi pengalaman yang saya lalui ini."

"Cuma kadang-kadang bila kita bercerita sangat, ada yang tak percaya, ada pula yang sinis. Tapi yang tahu ja tahu. Siapa yang dah terserempak dengan saya, berubat dan sebagainya, mereka tahu."

"Apa sahaja penyakit yang saya tak pernah rasa. Santau, busung dan turun darah berbulan-bulan, itu semua saya dah rasa dari umur saya 16 tahun."

"Tapi, Allah tunjukkan orang buat macam mana pun masih belum ‘masa’ saya lagi. Nak cerita pun susah sebab kita pun tak tahu siapa musuh saya, dia ada spy ke apa ke."



Sementara itu, penyanyi berusia 59 tahun ini menasihatkan agar mana-mana penyanyi yang menyertai pertandingan nyanyian untuk bertanding secara sihat dengan menonjolkan bakat yang sedia ada.

"Sebenarnya kita kena ubah mentaliti. Kita dah maju, negara kita pun dah ada bangunan antara paling tinggi di dunia tapi mentaliti masih ke belakang."

"Bila masuk bertanding, kita bertanding lah secara fizikal, dengan kebolehan dan bakat yang Allah bagi pada kita. Kita kena yakin dengan diri sendiri. Bila dah bercampur baur macam ini, saya letih."

Sumber: OhBulan





Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My 

Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lanacondor 18-7-2024 11:12 PM
Takut gangguan Saka je.. Dari sheolz kawen mat Saleh kan sheols di santet.. kuat sheolz ni
Quote sukacactus 18-7-2024 11:57 PM
Dari zaman ank dara lagi dia kena
Yg umum tau dr masa dia couple dgn 1st husband tu dl
Quote matbad 19-7-2024 05:54 AM
Kalau AJL pn macam2 bawah pentas tu org jumpa..tak heran takat gv tu pakat nk guna mak esah tu..yg kaya adalah mak esah..tak menang lg lebur duit kat mak esah dah..biase arr ni bkn petandingan tadarus nak husnuzon tak ada bnda mistik kan
Quote chandrahusin 19-7-2024 06:09 AM
Dr dulu lagi kan?
Penah baca zaman sheols kawin dgn Rahim Singaporean smpai bercerai disihir katanya
Betul jgk entah2 sndr pya
Ada je gitu
Quote DeLuna85 19-7-2024 06:47 AM
Kan… patut dah legend tak payah masuk pertandingan. Downgrade jadinya.
Quote imransulaiman 19-7-2024 07:28 AM
Yang aku ingat ingat lupa - kes dia disihir sebab mengata golongan media masa dia kawin kan? Tak ingat apa isunya. Masa tu aku masih tadika..
Quote debab_78 19-7-2024 08:26 AM
so dia syak salah sorang peserta gv la kan.. saper pulak tuhhh
Quote bulalof 19-7-2024 08:30 AM
dia sebenarnya bg hint nak ada jemputan utk podcast dia bercerita psl dirinya. podcast tgh in skrg.
Quote Raman 19-7-2024 08:54 AM
Tapi time aku berubat perubatan Islam dulu memang selalu sekali dengan dia dan anak2
Quote Mekgadis16 19-7-2024 08:55 AM
bulalof replied at 19-7-2024 08:30 AM
dia sebenarnya bg hint nak ada jemputan utk podcast dia bercerita psl dirinya. podcast tgh in skrg.

Somehow aku pun terasa begitu. Huhuhu. Tapi tak di nafikan dia memang legend. Suara sedap gila tapi tu la. Macam tersalah langkah pulak join gv lepas tu merentan tak menang. Huhuhuhu
Quote nazurah 19-7-2024 09:06 AM
lanacondor replied at 18-7-2024 11:12 PM
Takut gangguan Saka je.. Dari sheolz kawen mat Saleh kan sheols di santet.. kuat sheolz ni

boleh jadi jugak kan... sheols pi check tak ada saka ke idok. saka bab2 jaga keturunan ni lain sikit... contoh kes jual tanah pusaka, boleh jadi gila dikerjakan saka sebab tanah tu dah jadi tanggungjawab saka menjaganya.

asyik sheols jek kena sihir... nak kata lawa, biasa aje. nak kata letopan mcm tokti pun idok... suara memang sedap tapi itulah

belah2 nismilan tu pun kuat jugak bela2 ni... teringat iols thread doubletrack ketapi kat board misteri sinun.
Quote BellaThePrinces 19-7-2024 09:29 AM
Mekgadis16 replied at 19-7-2024 08:55 AM
Somehow aku pun terasa begitu. Huhuhu. Tapi tak di nafikan dia memang legend. Suara sedap gila tap ...

".......Macam tersalah langkah pulak join gv lepas tu merentan tak menang. Huhuhuhu"




aisyah kan yang jd juara GV musim tu...merentan pn sbb penganjur tipu hadiah...


teringat pernah baca urtv tu time dia sakit dia berlari sorang2 kat sawah tak sedar..


lepas tu masa kawin dgn Rahim tu wartawan kecik hati sbb aisyah kata wartawan datang sbb hadap nak makan aje....sedangkan aisyah kata masa tu dia pun tak sedar apa dia cakap ... nasib baik wartawan tak boikot lama2 ..
Quote Imkhai 19-7-2024 09:38 AM
Edited by Imkhai at 19-7-2024 09:42 AM
BellaThePrinces replied at 19-7-2024 09:29 AM
".......Macam tersalah langkah pulak join gv lepas tu merentan tak menang. Huhuhuhu"




Tula psl dia menang kn,dia mngamuk sbb tok vida tipu berlian yg dimenang tu barangan fake gebang 80k rega berlian tu yg tanah dia menang gv tu dh dpt ke?,ke gebang jgk
Quote watachiwa 19-7-2024 10:33 AM
ms dia kene santau 1st marriage tu lama jugak kan dia berubat yg kene puasa selang  sehari (puasa nabi Daud ke ape nama tu). pegi mana2 hotel dia usung air dlm flask sbb kes minum air kan santau time tu?
aku ingat2 lupa dah
Quote doubleA 19-7-2024 10:45 AM
Kalau kena berlarutan dan lama kalau tak kuat boleh mental. Semoga sembuh dan baik2 ajelah doa iols utk ecah
Quote noell 19-7-2024 10:49 AM
imransulaiman replied at 19-7-2024 07:28 AM
Yang aku ingat ingat lupa - kes dia disihir sebab mengata golongan media masa dia kawin kan? Tak ing ...

power sgt sis masa tadika dh baca suratkhabar arus perdana kompomm feveret buku adalah mastika aku kecik2 dulu berebot dgn kakak aku bahagian katun saja plus ruangan susunan rancangan tv hari inih
Quote sleepandream 19-7-2024 11:31 AM
tapi kira hebatlah ye tokti tak kena pulok benda2 mistik, sihir semua ni....
kuat pendinding sheols?

Quote prettyuglybabe 19-7-2024 11:34 AM
sleepandream replied at 19-7-2024 11:31 AM
tapi kira hebatlah ye tokti tak kena pulok benda2 mistik, sihir semua ni....
kuat pendinding sheols? ...

dia dulu pun ada cerita telan telur mentah dalam jamban noks..
Quote LembingDayanti 19-7-2024 11:37 AM
dia ni mmg penunggang ilmu sihir.. asal keluar berita je dari dulu ini saja. macam la cantik org nak dengki kat dia tak sudah2. nak buat buku? dulu dia ada buku masak ke buku kraf? takde orang beli pun hahahahahhaha!

Lihat semua komen(59)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:58 AM GMT+8 , Processed in 0.286865 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top