CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Shahir Zawawi Kembali Aktif Selepas Dua Tahun ‘Senyap’, Hilang Semangat Gara-Gara Akaun Kena ‘Hack’

18-7-2024 10:59 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 36286| Komen: 30


Penyanyi Shahir Zawawi memaklumkan dia kini kembali aktif di media sosial selepas dua tahun menghilangkan diri gara-gara akaunnya digodam, sebelum ini.

Menerusi perkongsian di TikTok, Shahir akui hilang semangat apabila akaun media sosial miliknya digodam oleh individu tidak bertanggungjawab.

Bagaimanapun, dengan dorongan seorang individu membuatkan dirinya tekad untuk mencipta akaun baru dan bermula daripada bawah.


"Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim. Setelah hampir dua tahun sosial mediaku digodam (hacked), sejujurnya dah hilang semangat rasanya nak mulakan semula dari awal."

"Tapi Allah kirimkan seseorang mengetuk pintu hati ini untuk bangkit semula. Insya-Allah kita cuba ya."


Terdahulu, Shahir mendakwa akaun Instagram telah digodam selepas dia secara tidak sengaja membalas satu ‘direct message’ (DM) yang dihantar kepadanya yang meminta sejumlah wang sebanyak AS$200 (RM885).

Namun, dia bertindak untuk mengabaikan permintaan tersebut dan tanpa disedari semua gambarnya telah hilang.

Sumber: OhBulan


Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My 

Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote eyansss 18-7-2024 11:05 PM
kegemaran dia ni bukan ke jadi chipsmore…  takyah layan la…
Quote Mary_jane 19-7-2024 01:03 AM
Shahir ni bukan dah kawen ke & ikut bini g study kat oversea?
Quote Yaya04 19-7-2024 01:43 AM
memanjang kene godam pastu memanjang nak bangkit semula. Itu jelah perkara yg paling terbaik shahir boleh buat
Quote pocongkiutss 19-7-2024 02:01 AM
Tak berapa kental..cuba belajar dr runis kemut..jiwa kental ok
Quote DeLuna85 19-7-2024 06:56 AM
Seseorang datang ketuk pintu hati untuk buat semula tiktok ke apa?
Quote asfaz 19-7-2024 07:23 AM
Kena hack ,2 tahun hilang semangat. Artis lain kena hack elok aje buat baru. Sebetulnya kau pemalas kan.
Quote lazim 19-7-2024 07:52 AM
Pada aku dia ni jenis pemalas kerja. Ada duit sikit hilang. Jenis xnk komitment agaknya. Bodo la klu ada mn2 pihak nk bagi lagu kat dia. Zmn dgn astro dlu lagu2 dia berkualiti, tapi xdan promo hilang.  Buat rugi duit je layan shahir ni.. skrg zmn bbnu xde sape nk layan laki org baru nk up
Quote sangbara2020 19-7-2024 07:56 AM
pprfffhhhhh....mereput lah kau....dh elok2 senyap buat timbul pasaipa
Quote lucky_peace 19-7-2024 08:03 AM
Tak yah aktif pon xpela.
Quote mizzmimi 19-7-2024 08:05 AM
Bangkit tidoq.. bangkit tidoq.. tu jela keje ko

Quote debab_78 19-7-2024 08:15 AM
Laaa aritu kata nak berhijrah ke mesir ke mana ntah... awat ada lagi
Quote Lulu_717 19-7-2024 08:33 AM
Follower dia 2 juta ke smpai 2 tahun hilang semangat? ke xde duit nak bayar data?
Quote anilanil 19-7-2024 09:16 AM
Dia ni btol2 pernah migrate mesir ke tak? Bini dia keje pelaburan emas ke misi?
Quote ezacbee 19-7-2024 12:54 PM
Hutang lapok da settle ke belum?
Quote red_velvet 19-7-2024 01:13 PM
Acc socmed kena hacked pun dah hilang semangat?? Lemmaaahhhh betollll mamat ni ...
Lembikk.. sajat lagi kental dari ko
Quote monsterwife 19-7-2024 08:32 PM
lazim replied at 19-7-2024 07:52 AM
Pada aku dia ni jenis pemalas kerja. Ada duit sikit hilang. Jenis xnk komitment agaknya. Bodo la klu ...

I pun rs dia jenis laki pemalas nak kja penat2
Quote ReginaGeorge 19-7-2024 09:26 PM
DeLuna85 replied at 19-7-2024 06:56 AM
Seseorang datang ketuk pintu hati untuk buat semula tiktok ke apa?

Maybe terinspirasi selepas jd tetamu undangan majlis agama hari tu motif heols diundang?
Quote Nozot 19-7-2024 10:57 PM
Entahlah..jantan lemah, wonder macam mana dia jadi ketua keluarga.
Quote aammyy 19-7-2024 11:26 PM
Edited by aammyy at 20-7-2024 11:11 PM

Rupa handsome pun malas. Padahal dulu boleh je jadi modeling kalau rajin mcm Donna Muslim. Ketinggian bukan satu masalah. Tapi dia dgn Ratu sama tinggi tak? Tibahhh

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 07:19 AM GMT+8 , Processed in 0.031697 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top