Baru-baru ini, seorang pengamal media iaitu Fareez Azman berkongsi satu kejadian aneh sewaktu penemuan telefon milik Allahyarhamah Nur Farah Kartini di parit sekitar ladang kelapa sawit Kampung Sri Kledang, Hulu Bernam, pada Rabu. Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, wartawan Fareez memaklumkan bahawa ketika operasi pencarian itu dilakukan, ramai rakan media turut berada di lokasi kejadian. Sebaik selepas telefon Allahyarhamah ditemui, Fareez bersama pengamal media lain tiba-tiba merasai satu tiupan angin sedangkan sebelum itu, suasana ladang sawit berkenaan tidak berangin. "Cerita dia macam ni, pada pukul 12.21 tengah hari (Rabu) dan anggota ni jerit phone phone phone! Jadi kami (media) ambil lah ambil gambar. Sambil kami ambil gambar, ada angin berlalu."
"Rasa nyaman… sejuk je. Lepas tu kawan saya dekat belakang cakap, bestnya ada angin macam ni sebab kami duduk dekat bawah pokok. Tempat tu memang tak ada angin, angin tak menentu la." Bercerita dengan lebih lanjut, Fareez memberitahu pada awalnya mereka tidak terfikir apa-apa yang pelik sehinggalah mereka mendengar penjelasan daripada salah individu di situ. "Selalunya kalau macam tu sebab tanda terima kasih daripada arwah. Dia cakap macam tu. Itu apa yang saya dengar." "Katanya pengalaman sebelum-sebelum ni pun macam tu. Bila sesuatu bahan-bahan penting untuk membantu kes diselesaikan dan sebagainya, begitulah yang berlaku." Perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai respon daripada wargamaya yang rata-ratanya mendoakan semoga Allahyarhamah Farah Kartini mendapat keadilan sewajarnya. Sumber : Fareez Azman, TikTok, OhBulan Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1 Whatsapp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029Vacxp9d9MF91QzmmW60X |
B40tastePosh replied at 19-7-2024 12:59 AM
Takde video tak percaye
ADVERTISEMENT