CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sukan Olimpik: Perancis Larang Atlet Wanita Memakai Tudung Ketika Bertanding

18-7-2024 10:33 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 27787| Komen: 25



Tuan rumah temasya Sukan Olimpik 2024 iaitu Perancis melarang atlet wanita negara itu memakai tudung ketika beraksi dalam kejohanan berkenaan.

Perkara ini diumumkan oleh Menteri Sukan Perancis iaitu Amelie Oudea-Castera dimana beliau menyatakan tiada anggota delegasi Perancis terutamanya atlet dibenarkan memakai tudung semasa beraksi di Sukan Olimpik.

“Wakil delegasi kami dalam pasukan Perancis tidak akan memakai tudung,” kata menteri itu sambil menekankan keterikatan kerajaan kepada rejim sekularisme yang ketat yang mana turut diterapkan dalam bidang sukan.

Perkara ini terus mendapat kritikan dari ramai pihak dimana salah satu NGO terkemuka iaitu Amnesty International mendakwa tindakan tuan rumah itu sebagai diskriminasi terhadap kaum wanita yang berpegang teguh kepada salah satu perkara wajib dalam agama Islam itu.

“Pihak berkuasa Perancis menjelaskan dengan tegas dan tanpa segan silu bahawa usaha mereka untuk meningkatkan kesaksamaan jantina dan keterangkuman dalam sukan tidak terpakai kepada satu kumpulan wanita dan gadis atau wanita dan gadis Islam yang memakai tudung kerana tuntutan agama,” kata Amnesty dalam satu kenyataan.




Meskipun mendapat desakan dan permintaan untuk memansuhkan peraturan tersebut, kerajaan tempatan tidak berganjak dan kekal dengan keputusan mereka.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dengan cepat mengkritik larangan itu dengan mengatakan, “Tiada seorang pun boleh membuat peraturan mengenai apa yang perlu dipakai oleh wanita dan apa yang tidak boleh dipakai,” kata badan itu.

Perancis sememangya terkenal dengan sikap Islamophobia di kalangan rakyatnya yang mana mereka memandang rendah kepada mana-mana individu yang beragama Islam.

Malah, ada kejadian kekerasan yang dilakukan ke atas wanita yang memakai tudung di khalayak ramai sekaligus menjadi bukti bahawa mereka merupakan golongan masyarakat yang tidak bermoral dan tidak bertamadun.

Sumber : The Vocket


Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My 

Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jebatmaspunyer 19-7-2024 12:42 PM
Dgn tudung pun problem. Bukan nya niqab just nampak mata jer. Pastu topi tak boleh lah sbb cover kepala.
Quote kemaruk 19-7-2024 12:43 PM
Apa lagi boikot ler
Quote Mulotkoyak 19-7-2024 01:40 PM
So yg mane atlit islam tu dh bole berundur la ye… xpayah sgt berjasa dgn puak gini.
Quote Tinot7 19-7-2024 01:42 PM
Botakkan je la kepala sbg protes, mcm budak skolah dolu2 kat perancis..
Quote syamzana 19-7-2024 01:50 PM
ade ke atlet muslim pompuan wakil perancis??
lantak laaa rakyat negara korang, tudung pun jadi hal
kata negara maju serba serbi bebas, cara berpakaian pun ada sekatan ye
Quote sufi^_^ 19-7-2024 01:57 PM
syamzana replied at 19-7-2024 05:50 AM
ade ke atlet muslim pompuan wakil perancis??
lantak laaa rakyat negara korang, tudung pun jadi hal:l ...

Ada, basketball player Diaba Konate, dia pakai tudung.
Quote syamzana 19-7-2024 02:04 PM
sufi^_^ replied at 19-7-2024 01:57 PM
Ada, basketball player Diaba Konate, dia pakai tudung.

kesian plak.
iols baru lepas menggugel, 2020 pakai tdg, bagus jaga pemakaian jugak la waktu bermain tu.
tak pasal2 tak leh join olimpik
Quote sayurmayur88 19-7-2024 02:26 PM
bg yg muslim tak pyh la join .
Quote nuryakmal 19-7-2024 02:28 PM
such backward thinking.
Quote SWORKS27 19-7-2024 03:13 PM
dengan tudung pun phobia...bodoh punya france...
Quote ifanonline 19-7-2024 03:16 PM
Olimpik pun tidak penting kpd umat Islam...asal usul olimpik games pun penuh kekufuran
OIC patut buat games utk negara2 islam bertanding
Quote anony-mous 19-7-2024 03:40 PM
Apa bodoh n terkebelakang nya pemikiran woke parisian ni. Hauk bebenor.
Quote ipanimanz1 19-7-2024 03:41 PM
pakai tudung tak boleh. telanjang boleh kot?tgk crita perancis, rakyatnya bogel sana sini. gemuk pun confident berbogel dpn org ramai
Quote adiwarna 19-7-2024 03:46 PM
Negara2 yg buang Raja mmg bangang abadi....contoh indon, perancis, china etc etc
Quote sufi^_^ 19-7-2024 03:49 PM
In the name of secularism katanya chuols.

Tapi atlit perancis aje, atlit negara lain masuk olimpik tak de isu larangan pakai tudung.
Quote sharlenetexas 19-7-2024 04:18 PM
Amnesty AI dah bising.


Quote azimodin 19-7-2024 04:59 PM
Pakai tudung issue.. baju x cukup kain dianggap empowering. Amenda ntah
Quote ladybugz 20-7-2024 08:28 AM
uihh... kesian org islam kat france ni kene tindas sungguh.
Quote Solokkk 20-7-2024 08:33 AM
Pondan sgt, dgn tudung pun dah menggelupur . Lain la kalau cakap untuk specific sukan, macam sukan renang

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 08:06 AM GMT+8 , Processed in 0.032610 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top