CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Perlu Tunggu 24 Jam Untuk Lapor Kes Orang Hilang Adalah Mitos – KPN

18-7-2024 10:15 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 26040| Komen: 0




Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memaklumkan penantian selama 24 jam sebelum melaporkan kehilangan individu adalah satu mitos yang disebarkan banyak pihak tanpa asas yang kukuh.

Ujar beliau lagi, orang awam tidak perlu menunggu sehingga 24 jam bagi melaporkan kes kehilangan ahli keluarga mahupun kenalan.

"Tidak ada ketetapan atau undang-undang yang memaksa anda bersabar, bertenang atau bertahan dalam tempoh panjang."

"Ada yang kata perlu tunggu sampai 24 jam, 48 jam hingga 72 jam dalam keadaan gementar serta gemuruh. Ini mitos semata."


Razarudin berkata, sekiranya telah berusaha mencari individu yang dirasakan hilang dan gagal dihubungi, anda boleh segera ke balai polis.

Ujarnya, ini adalah langkah awal bagi mengelakkan suatu insiden buruk terhadap individu yang dilaporkan hilang.

Beliau juga menyeru masyarakat untuk terlibat dan memainkan peranan bagi membantu menyalurkan maklumat mengenai kes orang hilang.

“Saluran di pelbagai medium kita hebahkan berkait kes orang hilang untuk orang awam bersama kita membantu siasatan kes.” ujar beliau ketika ditemui media baru-baru ini.


Sumber : Sinar Harian/Beautifulnara


Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My 

Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 08:21 AM GMT+8 , Processed in 0.023419 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top