Penyanyi Adira Suhaimi dan bekas suaminya, usahawan Datuk Red dilihat saling berhenti mengikut satu sama lain di media sosial sebaik saja tamat tempoh idah. Memetik mStar Online, Adira berkata tindakan tersebut adalah demi menjaga hati dan pandangan dalam masa sama memastikan hubungan mereka kekal baik. “Sebenarnya ia untuk menjaga pnadangan, hati dan mata saja. Ia bagus supaya kami akan sentiasa baik. Saling tidak mengikuti di media sosial ini tidak bermakna kami bergaduh. “Kami akan berjumpa juga kerana dia bapa kepada anak-anak kami. Cuma hubungan kami sudah bertukar menjadi orang luar,” katanya. Sementara itu, Adira enggan mengambil pusing kecaman netizen susulan hubungan mesra mereka ketika tempoh idah sebelum ini. “Saya tak ambil pusing dengan komen-komen netizen, hubungan kami masih baik kadang kala terlebih gurau itu biasa. Ketika itu dalam tempoh idah, saya tahu dia boleh balik rumanh dan siapalah saya untuk menghalang perkara itu.
“Hubungan kami baik saja sebagai rakan. Bila sudah habis idah ada pula jarak yang kami perlu jaga. Kami sudah ada kehidupan masing-masing,” katanya. Terdahulu, Adira dan Datuk Red dah bercerai pada 24 April lalu selepas sembilan tahun mendirikan rumah tangga. Sumber : Rotikaya Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1 Whatsapp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029Vacxp9d9MF91QzmmW60X |
ADVERTISEMENT