GEORGE TOWN: Penjual kuih dihukum penjara lapan bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, atas kesalahan sengaja menyebabkan kematian seekor kucing pada 31 Mei lalu, yang turut tular di media sosial. Majistret Nadratun Naim Mohd Saidi menjatuhkan hukuman itu terhadap Faizul Azlan Ridzuan, 47, selepas tertuduh menukar pengakuan kepada bersalah apabila kes disebut semula pada hari ini. Pada 5 Jun lalu, tertuduh mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu dan memohon dibicarakan. Mengikut pertuduhan, dia dengan sengaja menyebabkan kematian seekor kucing dengan cara memasukkan ke dalam guni dan campak dalam parit. Kesalahan dilakukan pada jam 8.30 pagi, di Kota Giam, Jelutong, pada 31 Mei lalu. Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan kerana menganiaya dan perbuatan khianat terhadap haiwan. Timbalan Pendakwa Raya, M Darrshini memohon hukuman berbentuk pengajaran diberi atas tindakan tidak berperikemanusiaan dan mengambil kira faktor kepentingan awam supaya tidak diikuti oleh masyarakat.
Nadratun memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara selama lapan bulan bermula daripada tarikh dia ditangkap. Sebelum ini, media melaporkan video tular selama 66 saat menunjukkan beberapa individu mengambil sebuah guni dari dalam sungai dan didapati mengandungi bangkai kucing dalam guni yang berikat itu. Sumber : BuletinTV3 Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1 Whatsapp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029Vacxp9d9MF91QzmmW60X |
Ciktiekus replied at 18-7-2024 11:44 PM
Meanwhile yg akibatkan kematian org tu kne denda 100 hajeww..undang2 ana yg bikin..
Ciktiekus replied at 18-7-2024 11:44 PM
Meanwhile yg akibatkan kematian org tu kne denda 100 hajeww..undang2 ana yg bikin..
pocongkiutss replied at 18-7-2024 11:47 PM
Yg ni terang2 kira direct dia yg bunuh kucing
Yg yindia tu mencabar skit..sbb dia guna kuasa mena ...
pocongkiutss replied at 18-7-2024 03:47 PM
Yg ni terang2 kira direct dia yg bunuh kucing
Yg yindia tu mencabar skit..sbb dia guna kuasa mena ...
ADVERTISEMENT