BATU PAHAT: Seorang penganggur mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan mengugut mahu memukul bapanya dengan kayu golf, Mei lalu. Muhammad Muslim Mohd Ali, 28, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa terhadapnya di hadapan Majistret Suhaila Shafi’uddin. Muhammad Muslim didakwa mengeluarkan kata-kata berunsur ugutan jenayah terhadap bapanya berusia 67 tahun di sebuah rumah di Penggaram, di sini, 7.30 pagi, 15 Mei lalu. Seksyen 506 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan dilakukannya. Fakta kes, pada jam 8.20 malam, 14 Mei lalu, pengadu yang juga abang tertuduh dihubungi adik beradiknya memaklumkan berlaku pertengkaran antara lelaki itu dengan bapanya. Dalam pertengkaran itu, tertuduh mengugut mahu memukul bapanya menggunakan kayu golf menyebabkan warga emas itu ketakutan lalu keluar menyelamatkan diri.
Abang tertuduh yang bimbang akan keselamatan bapanya lalu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat pada hari kejadian. Bertindak atas laporan dibuat, polis berjaya menahan tertuduh di rumahnya pada jam 7.20 pagi keesokannya hari bagi membantu siasatan. Sebelum ini, mahkamah mengarahkan tertuduh menjalani rawatan psikiatri selepas dia didakwa mengalami kemurungan. Hasil laporan daripada pihak Hospital Permai Johor Bahru hari ini, mahkamah memutuskan tertuduh layak untuk dibicara serta memberi pengakuan di mahkamah kerana berupaya mengetahui apa jua tindakan dibuatnya. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Khalijah Khalid, manakala tertuduh diwakili peguam Zulyati Awang. Dalam pada itu, peguam tertuduh dalam rayuannya memberitahu, anak guamnya bertindak sedemikian kerana kecewa selepas putus tunang awal tahun lalu. Mahkamah kemudian memutuskan tertuduh didenda RM1,000 dan memerintahkannya dipenjara sebulan jika gagal membayarnya. Sumber : BuletinTV3 Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1 Whatsapp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029Vacxp9d9MF91QzmmW60X |
lasagnaklcc: Yg baju hitam ke baju putih?Bagus abg fikir nak selamatkan ayah. Gaduh adik beradik blh berbaik, tapi nyawa tak blh ganti.
gigahertz replied at 18-7-2024 09:30 PM
tunang dia yang hijau kat belakang tu
star_karat replied at 19-7-2024 01:17 AM
Baju hitam ngan putih adik beradik? Dua2 mcm terencat akal.
ADVERTISEMENT