CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Perhatian Semua! Saya Sudah Bertunang!" - Mas Khan ‘Off Market’, Umum Sudah Bertunang Dengan Wanita Pilihan Hati!

18-7-2024 10:39 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 42670| Komen: 127



Pelakon Mas Khan mengumumkan dirinya kini sudah mengikat tali pertunangan dengan wanita pilihan hatinya iaitu Annatasha Diana.

Menerusi perkongsian di Instagram, Mas Khan atau nama sebenarnya Mas Hidzhir Khan, 30, memaklumkan pertunangannya telah berlangsung pada 13 Julai lalu.

"Perhatian semua! Mas Khan sudah meninggalkan bangunan… dan pasaran! Pada 13 Julai 2024, saya sudah bertunang!"

Di dalam video tersebut, bapa kepada Mas Khan turut mendoakan agar jodoh mereka berkekalan sehingga ke syurga.


"Hari ini 13 Julai 2024, Hidzir dah 30 tahun. Hidzir dan Natasha memang secocoklah. Handsome dan cantik. Natasha pun seorang wanita yang cantik dan lemah lembut. Jodoh dah sampai, semoga mereka kekal sampai ke jannah, Insya-Allah."


Majlis tersebut dihadiri oleh ahli keluarga kedua-dua belah pihak serta rakan-rakan mereka.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan tahniah dan mendoakan agar urusan mereka mendirikan rumah tangga dipermudahkan.

"Tahniah Mas, semoga pertunangan kekal utuh sehingga ke jinjang pelamin. You are so lucky to have AirAsia Barbie doll.

"Tahniah sir Mas Khan dan tunang. Semoga dipermudahkan urusan sehingga ke jinjang pelamin dan hingga ke jannah."

"Semoga dipermudahkan urusan ke jinjang pelamin, Mas Khan!"


Sumber: Instagram/OhBulan


Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My 



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 18-7-2024 10:47 AM
eh? dah putus dengan Diana Nasa Naza daughter tu ke? dah merata-rata diangkutnya haritu... wajah ponen pun kaki pompuan ye
Quote watachiwa 18-7-2024 10:49 AM
berlakon lagi ke dia ni? aritu berkepit dgn anak arwah TS Nasa
Quote Binodino 18-7-2024 10:53 AM
Oh yeke? Ok noted.

Emangnya yang acah2 ponder, acah2 baru kenal erti kaya raya ni kena guna no plate kereta 8055 ke? Kemaruk nak bagitau dunia diri tu terpaling boss ke?

No plate 8481 tak sudi?
Quote Lulu_717 18-7-2024 10:53 AM
So? Kitorg nk kena nangis ke?
Quote epal_putih 18-7-2024 10:55 AM
Ingatkan dgn ank bilion² tu
Quote manehnya 18-7-2024 11:00 AM
so ngan makjanda tak jd la ... bkn main parti lg... hmm mgkin mak tak restu kot... baguslah
Quote youell 18-7-2024 11:03 AM
Acahhh
Quote reenz013 18-7-2024 11:05 AM
ala br bertunang...haha
Quote alieyrina 18-7-2024 11:06 AM
Yg ni pun nampak ala2 diana gak. Nama pun diana. Mkhan 30 muda lagi
Quote chinta89 18-7-2024 11:07 AM
bila dia putus ngn diana tu??
Quote lolipopmanish 18-7-2024 11:49 AM
Lahhh ingatkan dgn anak tokey kete tu
Quote rosewhite 18-7-2024 11:56 AM
hidhzir tu apa maknanya ye? sebut lama2 dah bunyi macam binatang oin oin
Quote awex^returns 18-7-2024 11:56 AM
siapa jantan ni, tak kenal... ok next
Quote aint 18-7-2024 11:59 AM
mirip muka Heliza Helmi
Quote fattymah 18-7-2024 12:01 PM
Buta ke.. tak encem pun.. tapi tunang lawo
Quote pittjie 18-7-2024 12:06 PM
very the indon baju perempuan tu. tu je komen sis.
Quote lilacomot 18-7-2024 12:16 PM
pompuan tu influencer ke...leh lak depa panggil air asia barbie doll
Quote Prickford 18-7-2024 12:23 PM
Suatu ketika dahulu
Ku tersesat dalam hidup


Kah.jpg

Quote MrsJane 18-7-2024 12:30 PM
Tak dapat join jadi Naza clan. Tapi tunang heols mmg cantik meletop

Lihat semua komen(127)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 05:06 AM GMT+8 , Processed in 0.058602 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top