CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

2 hari terperangkap dalam lif hospital, tiada yang sedar

17-7-2024 11:28 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 43789| Komen: 16



NEW DELHI – Seorang lelaki terperangkap di dalam lif selama dua hari di sebuah hospital kerajaan di Kerala, India, lapor laman berita Independent semalam.

Ravindran Nair, 59, terperangkap ketika dia menggunakan lif itu untuk pergi ke tingkat atas bagi melakukan pemeriksaan kesihatan.

Namun sebaliknya, lif itu bergerak ke bawah sebelum ia berhenti dengan tiba-tiba. 

Disebabkan kehilangannya, isteri Ravindran membuat laporan polis.

“Dia menjerit meminta tolong tetapi tiada sesiapa yang datang. Telefon bimbitnya juga mati,” kata polis.

Ravindran akhirnya diselamatkan oleh seorang pekerja yang melakukan pemeriksaan rutin dengan membuka pintu lif kelmarin.

Menurut laporan, lif itu berhenti bergerak ketika berada di antara dua aras.

Ravindran berkata, ketika berada di dalam lif yang tidak mempunyai lampu dan kipas, dia menekan loceng kecemasan namun, tiada anggota penyelamat datang membantunya.


“Saya difahamkan bahawa ia adalah hari Sabtu kedua (cuti di India) dan hari Ahad keesokan harinya.

“Saya membuang air kecil di satu sudut. Ada masanya, saya menangis dengan kuat. Saya tidak dapat tidur. Apabila saya berasa dahaga atau lapar, saya hanya menjilat bibir,” katanya. – AGENSI

Sumber : Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kemaruk 17-7-2024 11:32 PM
Dekat amareka ada kes lagi pelik

Sorang staf supermarket berehat di belakang chiller pasaraya yang besar tu.. tapi ruang tu sangat sempit la sebab tempat tu untuk curi2 rehat

Ntah camne dia boleh tersepit dan tak dapat keluar dari situ..

Lepas 10 tahun barulah mayat dia ditemui
Quote dua_chzy 17-7-2024 11:35 PM
Fighting spirit kuat ni mampu survive 2 hari dalam lif. Klaustrafobik trigerring tuuuuu
Quote any42 17-7-2024 11:40 PM
Kesiannya bgelap duk dlm lif tu agknya fikir dh mcm duk dlm keranda dah. cemas ssak nafas smua ade.
btw hospital wlupun hri cuti bkn ke slalu pnuh dgn mnusia ke org lalu lalang xdgr jeritan pacik ni ye. Kesian nsib baik msih hdup
Quote Mary_jane 18-7-2024 12:15 AM
Panjang umur pakcik ni.
Quote nisako 18-7-2024 08:09 AM
aduh sian     ..
Quote BoongaKertas 18-7-2024 09:07 AM
kesiannya pakcik ni..
Quote KamikuP 18-7-2024 09:21 AM
kemaruk: Dekat amareka ada kes lagi pelikSorang staf supermarket berehat di belakang chiller pasaraya yang besar tu.. tapi ruang tu sangat sempit la sebab temp ...


katne nak baca kes tu cuolls.. seram pulak meolls baca.. ntah2 mamat amamrika yg tersepit tu gundu tak?

Quote missbigrockstar 18-7-2024 02:22 PM
Kesian uncle. Pantang mati sebelum ajal.
Quote cicicumel 18-7-2024 02:33 PM
kemaruk replied at 17-7-2024 11:32 PM
Dekat amareka ada kes lagi pelik

Sorang staf supermarket berehat di belakang chiller pasaraya yang  ...

Ye pernah baca...pasar tu jual daging/barang basah gitu kan..so bau bangkai mayat pon agaknyer dorg husnuzon tu bau pasar basah....mcm x lojik pn ada..xkan xde langsung inspection spnjg tu haha
Quote batmana 18-7-2024 02:39 PM
https://www.joe.co.uk/news/supermarket-employee-found-trapped-behind-freezer-10-years-after-disappearance-448138

Dia terjatuh sbnrnya..bau busuk tu customer perasan..tapi psl freezer..org tk nmpk dia
Quote ninja boy 18-7-2024 02:43 PM
Amereka tanah besar kalau ronghinya dtg byk rumah tinggal boleh ronghinya duduk membiak
Quote hokeypokey 18-7-2024 04:34 PM
Nasib baik dh selamat..
Quote kemaruk 18-7-2024 05:00 PM
KamikuP replied at 18-7-2024 09:21 AM
katne nak baca kes tu cuolls.. seram pulak meolls baca.. ntah2 mamat amamrika yg tersepit tu gundu ...

https://youtu.be/bfScSo3lkwo?si=4rfe8MvhUkPz4uqV
Quote kemaruk 18-7-2024 05:55 PM
cicicumel replied at 18-7-2024 02:33 PM
Ye pernah baca...pasar tu jual daging/barang basah gitu kan..so bau bangkai mayat pon agaknyer dor ...

Yang sedihnya, makpak si mati sentiasa berusaha cari si mati

Padahal makpak dia sering ke pasaraya tu dan beli sayur mayur serta susu kotak di sana

Dorang tak tahu belakang fridge tu la anak dorang berada selama ni
Quote Neno90 18-7-2024 11:20 PM
Kesiannya. X ada loceng kecemasan ke

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 11:11 PM GMT+8 , Processed in 0.062140 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top