CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki parah ditikam 11 kali rakan serumah, dipercayai bergaduh semasa mabuk

17-7-2024 11:26 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 41756| Komen: 4


PETALING JAYA – Seorang lelaki tempatan cedera parah akibat ditikam sebanyak 11 kali sekitar badannya oleh rakan serumah dalam kejadian di Desa Mentari, di sini, hari ini.

Kejadian disedari orang awam sekitar pukul 5.45 pagi tadi dipercayai bermula apabila kedua-dua individu berkenaan bergaduh dalam keadaan mabuk.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, maklumat awal diterima terdapat seorang lelaki dalam keadaan berlumuran darah di dalam sebuah rumah di tingkat lima bangunan itu.

“Bertindak atas maklumat, polis telah pergi ke lokasi kejadian dan mendapati mangsa dalam keadaan terbaring di bahagian ruang tamu rumah dengan berlumuran darah.

“Mangsa dipercayai ditikam manakala suspek dijumpai dalam keadaan terbaring di tingkat bawah perumahan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Shahrulnizam, pasukan perubatan daripada Hospital Sungai Buloh telah hadir ke lokasi kejadian untuk memberikan bantuan.


Menurutnya, pemeriksaan mendapati terdapat 11 tikaman pada sekitar bahagian badan mangsa.


“Suspek yang dipercayai cuba untuk melarikan diri dengan melompat dari tingkat lima rumah tersebut telah mengalami patah pinggang dan cedera rusuk kanan.

“Ketika kejadian dipercayai kedua-dua individu bergaduh dan dalam keadaan mabuk.

“Mangsa dan suspek telah dirujuk ke pusat perubatan untuk rawatan lanjut,” ujarnya.

Jelas beliau, pihak polis turut merampas sebilah pisau dipercayai digunakan dalam kejadian di lokasi sama.

Sehubungan itu, Shahrulnizam memaklumkan pihaknya membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Sumber -KOSMO! ONLINE.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BoongaKertas 18-7-2024 09:12 AM
mentari court ni yg ramai awang hitam tu ke?
Quote anony-mous 18-7-2024 09:48 AM
Fuh lompat dari tgkat 5 xmati ek. Cubaan lari ke cubaan membunuh diri tu? Now nk tgk kecederaan sapa lg serius? Suspek atau mangsa? Kiranya mangsa xpyh susah2 balas tikaman, saspek dah dpt balasan
Quote KamikuP 18-7-2024 10:15 AM
tYPE k ke ni?
Quote ⠀⠀⠀ 6-9-2024 02:58 PM

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 09:09 AM GMT+8 , Processed in 0.031765 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top