Pelakon Leez Rosli menitipkan ucapan istimewa buat suaminya, Aepul Roza selepas bergelar juara program The Hardest Singing Song (THSS) serta menasihati penyanyi itu agar tidak mendabik dada dengan kejayaan dimiliki. Menerusi perkongsian di Instagram, Leez juga berharap Aepul akan kekal merendah diri dan dia akan sentiasa berada di belakang suaminya itu serta mendoakan yang terbaik. “Allah dah bagi rezeki yang sebegini, so please be you! Stay humble, jangan sombong (kalau sombong dengan perempuan lain tak apa ), jaga setiap amanah Allah sebaiknya seperti selalu..jangan lupa diri..kami sentiasa ada belakang ampa mendoakan yang terbaik buat ampa,” tulisnya. Menerusi perkongsian itu, Leez turut berkongsikan momen ketika sesi latihan sepanjang program tersebut serta meluahkan rasa syukur segala urusan dipermudahkan.
|
Sunkiss8999 replied at 17-7-2024 03:36 PM
Si leez ni kalau org kata adik beradik si esah hijannah sesuai benor ye..muka lebih kurang..
ADVERTISEMENT