Pelakon Nora Danish menganggap hantaran dimuat naik aktres Zarina Anjouline di Insta Story menyebut ‘I miss you Boss Ned’ sekadar luahan rasa rindu kepada seorang sahabat baik. Memetik mStar Online, Nora berkata Zarina dan bekas suaminya itu sudah lama bersahabat, malah dia juga tidak kisah jika mereka ada hubungan lebih daripada kawan kerana dia sudah tiada kaitan dengan Nedim. “Saya percaya mereka sudah berkawan lama sebelum Nedim bersama saya lagi. Mereka seperti sahabat baik. Saya tak mempunyai apa-apa masalah dengan Anju, kami memang baik, “Apabila Anju memuat naik posting seperti itu saya anggap ia sekadar luahan seorang kawan merindui sahabatnya. Lagipun pada waktu itu Nedim sedang sakit. Tapi kalau mereka nak lebih daripada itu pun saya tak kisah,” katanya. Dalam pada itu, Nora berkata dia kurang senang apabila ada yang menuduh dia masih tinggal sebumbung dengan bekas suami dan dakwaan itu dibuat oleh rakan-rakannya sendiri.
“Saya terima DM terlalu banyak. Apa yang buat saya kesal mereka dalam kalangan rakan-rakans saya. Mungkin mereka fikir masa Nedim sakit kami baru bercerai. “Kami pun berpisah cara baik. Saya sudah bersamanya selama 11 tahun. Bila saya menjaga Nedim mungkin mereka fikir saya dah kembali bersama Nedim. Saya jaga Nedim di rumah, mungkin ada yang fikir kami dah rujuk,” katanya. Nora dan Nedim mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2017 namun bercerai pada 16 Jun lalu. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Mohamad Neyqal kini berusia enam tahun. SUMBER: mStar Online/Rotikaya |
doubleA replied at 18-7-2024 01:43 AM
Anju faveret sesetengah acik porem
Nd pun bagi free je boned tu sesape nak ambik lah m ...
imanamsyar replied at 18-7-2024 09:35 AM
iolls rasa setakat miss you,love you tu sebutan biasa bagi english speaker.. dalam komuniti mat sall ...
ADVERTISEMENT