Pelakon Niezam Zaidi berkata bekas kekasihnya, Nonny Nadirah mungkin sedang berdepan ujian apabila sering memuat naik perkongsian kontroversi di media sosial. Memetik HibGlam, Niezam berkata dia hanya mampu menitipkan doa agar Nonny diberikan hidayah dan mungkin ada hikmah disebalik apa yang berlaku kerana kita tidak tahu apa pula ujian untuk kita. “Ya bimbang tetapi saya mengharapkan dan mendoakan semoga Allah SWT memberikan hidayah kepada kita semua dan membawa kita ke jalan yang benar. Mungkin setiap perkara yang terjadi ada hikmahnya. “Kita tak berada dalam kasut dia dan tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku. Ini mungkin ujian untuk dia. Doakanlah yang baik-baik untuk dia sebab satu hari nanti kita tak tahu apa ujian kita,” katanya. Sementara itu, Niezam berkata dia mengakui terkejut dengan perkongsian Nonny namun enggan mengulas lanjut kerana bukan haknya untuk bercakap mengenai individu lain.
“Hikmah yang saya dapat saya cakap kepada orang yang bertanya, doa yang baik-baik sahaja. Cakap yang elok-elok sahaja dan saya tak boleh bercakap pasal orang lain sebab bukan hak saya. Jikalau saya pun terkejut, keluarga dia lagi terkejut. Semua orang pasti terkejut,” katanya. Dalam pada itu, Niezam berkata dia tahu mengenai bekas kekasihnya itu daripada orang lain kerana tidak lagi mengikuti media sosial Nonny serta menyifatkan wanita itu seorang baik. “Saya tidak mengikuti akaun media sosialnya dan tahu cerita tentang dia daripada orang lain. Bila orang bertanya, saya jawab tak tahu. “Apa yang saya nampak dia adalah hamba Allah yang baik, sangat suka bersedekah dan menjaga keluarga. Saya tak nampak perkara (negatif) lain sebaliknya hanya hal yang baik sahaja,” katanya. SUMBER: HibGlam/Rotikaya |
Shayang replied at 18-7-2024 12:30 AM
Knp dorang berpisah
Noni tak mekap pun sama muka dia
Kulit muka dan badan elok je tak bercapuk2
doubleA replied at 18-7-2024 02:19 AM
Antara pelakon yg iols rasa seksi natural ialah zilabakarin muda dan jueaziz muda dulu
ADVERTISEMENT